NEGARA

Kain berdarah temukan mayat bayi

Kain berdarah temukan mayat bayi


HARUN menunjukkan tempat mayat bayi perempuan ditanam di Kampung Baru Hicom, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Kain putih dengan kesan darah dalam sebuah lubang sedalam kira-kira 0.3 meter di Kampung Baru Hicom, Seksyen 2 di sini yang digunakan untuk membalut mayat bayi perempuan ditemui seorang penduduk pukul 12.30 tengah hari semalam.

Harun Sungep, 25, berkata, dia ketika itu sedang duduk berehat di bawah sebatang pokok selepas mengutip daun keladi untuk makanan itik peliharaannya.

Bagaimanapun, matanya terpandang secebis kain yang mempunyai kesan darah di atas timbunan tanah yang dihurung lalat sebelum bertindak mengoreknya dengan parang yang dibawa.

"Saya terkejut melihat ada kain putih berdarah dalam lubang itu dan apabila dibuka, saya nampak tangan kecil terkeluar daripada balutan kain tersebut.

"Saya kemudian segera meninggalkan tempat itu untuk meminta tolong abang ipar, Mazlan Endut, 43, membantu saya mengorek semula lubang tersebut sebelum terlihat ada satu mayat bayi perempuan di dalamnya," katanya semasa ditemui di lokasi itu di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 63