NEGARA

CCTV rakam identiti lelaki letak kotak misteri

CCTV rakam identiti lelaki letak kotak misteri

KUALA LUMPUR - Polis percaya dapat mengenal pasti suspek yang meletakkan kotak berisi bom buatan sendiri yang meletup sehingga mengorbankan seorang wanita di tingkat 12, Apartmen Desa Tun Razak di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, identiti suspek dikesan hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat pada lif di bangunan itu.

"Melalui rakaman CCTV tersebut, kita kesan seorang suspek yang dipercayai bertanggungjawab meletakkan kotak tersebut," katanya di sini semalam.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan, seorang daripada dua pekerja sebuah kafe siber maut apabila sebuah kotak misteri yang di atasnya terdapat dua biji limau bali meletup menyebabkan mereka melecur hampir 90 peratus di badan.

Kedua-duanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras sebelum mangsa, Ng Siew Hong, 51, disahkan mati pada pukul 5.10 petang kelmarin.

Seorang lagi mangsa, S.K Lim masih berada dalam keadaan kritikal di PPUKM.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 47