NEGARA

CEO wanita saman RM20 juta

CEO wanita saman RM20 juta


NOOR HASLINA menunjukkan saman yang dikemukakan ke atas sebuah syarikat telekomunikasi di pejabat Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita di sini menyaman sebuah syarikat telekomunikasi sebanyak RM20 juta kerana didakwa mendedahkan kandungan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan rakaman perbualan telefon beliau dengan individu lain.

Noor Haslina Abdullah, 39, yang merupakan CEO Kolej Islam Sains dan Teknologi memfailkan saman tersebut ke atas Celcom Axiata yang beralamat di Kuala Lumpur serta mempunyai cawangannya di sini di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini petang semalam.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menuntut RM10 juta bagi pendedahan SMS dan RM10 juta lagi bagi pendedahan perbualannya.

Jumlah tersebut merangkumi ganti rugi teladan iaitu masing-masing sebanyak RM8 juta dan ganti rugi bagi kecederaan perasaan, trauma dan tekanan mental sebanyak RM2 juta.

Process time in ms: 46