TERKINI

Ahli majlis MPAJ antara ditahan bergaduh

Ahli majlis MPAJ antara ditahan bergaduh

15/08/2010 2:41pm

KUALA LUMPUR - Seorang ahli majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ditahan bersama-sama tiga lelaki lain ekoran terbabit dalam satu pergaduhan pada pukul 4.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, dalam kejadian di Kuala Ampang itu, mangsa, seorang lelaki hampir putus telinga dalam pergaduhan yang berlaku di sebuah restoran di Kuala Ampang.

“Semasa tangkapan, polis turut merampas sebilah parang yang terletak di tempat duduk belakang kenderaan suspek,” katanya.

Process time in ms: 31