TERKINI

Tiga terbunuh dalam kejadian ribut di Jasin

Tiga terbunuh dalam kejadian ribut di Jasin

13/08/2010 11:22pm

JASIN Dua orang peniaga dan seorang pengunjung terbunuh menakala 18 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut dalam kejadian yang melanda kawasan Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam berkata dua peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul bin Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.

"Ketiga-tiga mangsa cedera parah di kepala terkena khemah yang diterbangkan ribut, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Che Suza berkata, Abdul meninggal dunia ditempat kejadian, Mahadi di Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka.

Mayat Abdul dan Mahadi dibedah siasat di Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka. - Bernama

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 47