RENCANA UTAMA

Lidah lembu bakar KDE

Lidah lembu bakar KDE


HIDANGAN pencuci mulut bakal menarik perhatian pengunjung.


MENGENAKAN tema Bertemu Kembali Dalam Suasana Baru, Restoran Duyong, Kelab Darul Ehsan (KDE), Ampang Jaya, Selangor, tahun ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa dengan sajian tradisi yang menyelerakan malah semua itu dapat dinikmati dalam suasana yang berbeza.

Menyajikan hidangan kombinasi Timur dan Barat, pengunjung Restoran Duyong akan dapat merasai juadah berbuka puasa dalam suasana yang selesa dan berhawa dingin sambil dilatari kawasan kolam renang kelab.

“Konsep gerai secara langsung dengan sajian tradisi diadakan istimewa untuk Ramadan kali ini. Antara sajian tradisi tersebut ialah rendang daging tok, ayam golek, udang goreng mentega, kambing masala, kambing dan ikan bakar serta yang paling istimewa lidah lembu bakar,” kata Chef Eksekutif Restoran Duyong, Mustafa Kamal Ahmad Sarbani.

Tambahnya, terdapat juga hidangan lain seperti sate ayam dan daging, pelbagai pilihan mi seperti mi rebus, mi jawa, mi udang, mi kari dan mi mamak, aneka puding dan kek.


PELBAGAI juadah tradisi Melayu menanti tetamu di Restoran Duyong.


“Restoran Duyong juga menyediakan gerai khas yang menghidangkan sajian untuk kanak-kanak seperti skewer, nuget, bebola ikan dan pelbagai lagi.

“Keenakan juadah berbuka juga tidak akan lengkap tanpa hidangan pencuci mulut. Justeru, kami menawarkan pelbagai pilihan pencuci mulut seperti kuih-muih Melayu, bubur kacang, ais krim porong, ais kacang, wafel dan jeli,” kata Mustafa.

Tambahnya, Restoran Duyong juga menyediakan hidangan utama yang terdiri daripada beberapa jenis nasi seperti nasi minyak, nasi ayam, nasi hujan panas, nasi tomato dan nasi kerabu. Pengunjung juga dapat menikmati beraneka lauk pauk termasuk siput masak lemak cili padi, sambal tumis udang, ayam golek kuah pedas, paru berlada dan ayam panggang.

Rencana Utama!»

Rasa tetap sama selepas empat dekad

MI kicap Mat Jasak masih bertahan selama empat dekad kerana rasanya tidak pernah berubah.

Pemotoran!»

MINI untuk keluarga kecil

Model MINI baharu masih berupaya meledakkan kuasa pemanduan berprestasi apabila pemandu memerlukannya.

Varia!»

Garis panduan di klinik veteriner

Kebanyakan kucing yang dibawa ke klinik menghidap penyakit berjangkit dan bersifat zoonotik. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16