SUKAN

Safee pencabar utama Ashaari

Safee pencabar utama Ashaari


ASHAARI (kiri) berpeluang memenangi anugerah Kasut Emas Liga Super 2010 musim ini.


ANUGERAH Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Liga Super musim ini hampir pasti menjadi milik penyerang Terengganu, Ashaari Shamsuddin.

Hanya keajaiban mampu menafikan anugerah tersebut daripada menjadi milik pemain kebangsaan berusia 25 tahun itu setelah dia kini dibezakan lima gol berbanding pesaing terdekat dengan baki satu perlawanan malam ini.

Ashaari kini mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super dengan 17 gol diikuti dua pemain Sela- ngor, Safee Sali dan Amirul- hadi Zainal yang berkongsi 12 gol.

Empat pemain pula berkongsi 11 gol iaitu Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan), Azammuddin Akil (Pahang), Haris Safwan Kamal (T-Team) dan Fadzli Saari (KL Plus).

Malam ini, Terengganu akan bertemu KL Plus di laman sendiri manakala Selangor menentang Kedah di Alor Setar dan agak musta- hil Safee atau Amirulhadi meledak lima gol untuk menyamai jaringan Ashaari.

Begitu juga dengan Nor- shahrul, Azammuddin, Haris dan Fadzli yang turut dianggap tidak mampu untuk mencari enam gol pada aksi terakhir Liga Super itu.

Musim lalu, Ashaari kempunan untuk memenangi Kasut Emas selepas dia mengumpul 17 gol, hanya tewas satu gol kepada penyerang Perlis, Nizaruddin Yusof.

Sementara itu, bagi saingan Liga Perdana musim ini, anugerah Kasut Emas dimenangi penyerang PKNS, Zamri Hassan yang mengumpul 20 gol, hanya satu gol mengatasi G. Puaneswaran dari Pos Malaysia.

Rencana Utama!»

Menyuburkan jiwa patriotik

SEBAHAGIAN daripada buku-buku mengenai ketenteraan milik Mohd. Ridhuan yang kerap diulang baca pada masa lapang.

Varia!»

Hubungan erat media, Tentera Darat

PETUGAS media cetak dan elektronik dapat melihat sendiri kemahiran anggota Tentera Darat semasa beroperasi di medan.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16