TERKINI
Putrajaya sedia jadi ”bandar mesra belia”
PUTRAJAYA – Selain terkenal sebagai pusat pentadbiran kerajaan dan tumpuan pelancong dalam serta luar negara, Putrajaya maju setapak lagi apabila bakal dikenali ”Bandar Mesra Belia” menjelang hujung tahun ini.
Ini adalah sebagaimana yang disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan Hari Belia, Mei lalu.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, sejak awal perancangan Putrajaya lagi, sudah terdapat banyak kemudahan yang dirancang untuk para belia terutamanya menjurus kepada sukan dan riadah, ia sekali gus menafikan andaian menyatakan bandar raya itu seringkali kelihatan suram dan hanya sesuai untuk ”warga tua”.
Samsudin berkata, misalnya belia yang menggemari aktiviti lasak, Taman Cabaran Putrajaya, yang terletak bersempadan dengan Taman Selatan di Presint 20, tersedia pelbagai kemudahan seperti sukan mendaki, sukan luncur, sukan berbasikal dan memanjat tembok tiruan yang pastinya memenuhi kehendak generasi muda.
Mula beroperasi pada 2009 dengan keluasan 30.33 hektar taman cabaran itu mempunyai sebuah bangunan berkeluasan 2,100 meter persegi dengan dinding mendaki berbentuk Trapezional, bersaiz 42 meter lebar, 42 meter panjang dan ketinggian 20 meter untuk penggemar sukan mendaki.
Sementara bagi penggemar sukan luncur pula, arena ”luncur bowl” seluas 2,600 meter persegi dengan kombinasi tiga lengkokan bowl yang dikenali ”hips”, ”spine” dan ”street spine” pastinya memberi kepuasan.
Belia yang gemar berbasikal pula boleh menunggang di Denai Basikal Lasak yang dibina di puncak dan lereng bukit Taman Cabaran di dalam kawasan hutan kebun getah dan kelapa sawit, panjang keseluruhannya 9.1 kilometer, mempunyai pelbagai jenis serta peringkat halangan seperti ”core trail loop”, ”XC loop”, ”downhill fun ride”, ”free cross” dan ”slope style line”.
Samsudin berkata, Kompleks Sukan Air di Presint 6, selain menjadi kemegahan Putrajaya, kompleks itu seringkali menjadi venue utama pelbagai jenis sukan air dunia kerana selain mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa, kualiti air di tasik yang mencapai kelas 2B diiktiraf oleh Piawaian Interim Kualiti Air Kebangsaan (INWQS).
Kompleks Sukan Taman Pancarona di Presint 18 pula katanya, tersedia kemudahan padang bola sepak, tiga gelanggang bola tampar, empat gelanggang takraw dan dua gelanggang futsal, bola keranjang, serta dua gelanggang bola jaring.
Beliau berkata, memandangkan sukan futsal yang kini menjadi tumpuan belia, 11 gelanggang futsal dibina di Presint 18 dengan kos pembinaan hampir RM3.4 juta dan dianggap terbaik serta terbesar di negara ini. – Bernama
Rencana Utama!»

Perjumpaan wajib
setahun sekali
BERGOTONG-ROYONG menganyam ketupat antara aktiviti lazim yang dapat dilihat di kampung-kampung.
Varia!»

Tapai pulut tiga perisa
TAPAI pulut Sarimah mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian.



Senjakala untuk lelaki
Ancaman kuman super


