SUKAN

Felda United tidak akan 'bungkus'

Felda United tidak akan 'bungkus'


SKUAD Felda United ketika meraikan kemenangan muncul juara Liga Perdana musim ini.


"WALAU apa sekali pun, saya tak fikir masalah 'pasukan bungkus atau kepupusan' akan berlaku kepada Felda United."

Demikian jaminan yang diberi- kan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Yusof Noor ketika ditanya tentang masa depan pasukan juara Liga Perdana musim ini, Felda United.

Sebelum ini, beberapa pasukan berstatus kelab yang tampil hebat dalam saingan Liga Super atau Liga Perdana seperti MPPJ FC, Public Bank, Kuala Muda Naza, MK Land, Proton FC dan UPB-MyTeam terpaksa 'tutup kedai' selepas beraksi beberapa musim.

"Saya tak tahu kenapa masalah ini berlaku kepada kelab-kelab terbabit, mungkin disebabkan kewangan. Tetapi bagi kami, jika ada kesulitan berlaku, Lembaga Felda akan beri perhatian.

"Ini termasuk dalam lima teras yang dinyatakan oleh Perdana Menteri iaitu untuk membangunkan generasi baru," katanya pada sidang media selepas meraikan pemain-pemain Felda United di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur pagi semalam.

Bersempena dengan kejayaan tersebut, setiap seorang pemain dan pegawai pasukan bakal menerima wang tunai antara RM5,000 hingga RM15,000 setiap seorang.

Pihak Felda memberikan sejumlah wang tunai RM185,000 untuk dibahagi sama rata RM5,000 setiap 27 pemain dan 10 pegawai (RM3,000 seorang sudah diberi semalam).

Manakala hadiah kemenangan selaku juara Liga Perdana berjumlah RM200,000 daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan dibahagi mengikut jumlah penampilan seseorang pemain dengan maksimum RM10,000 seorang.

Sementara itu, Dr. Yusof turut membayangkan Felda United bakal mempunyai stadium sendiri pada masa akan datang memandangkan mereka kini berkongsi stadium di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dengan skuad Liga Super Kuala Lumpur.

"Perancangan membina stadium sendiri ini merupakan keutamaan kami. Lokasinya sudah tentu di Kuala Lumpur dan mungkin kalau boleh kita nak cari berhampiran dengan ibu pejabat Felda," katanya.

Rencana Utama!»

Waspada sajian pada Aidilfitri

PESAKIT diabetes perlu menjalani rawatan dan menjaga pemakanannya sepanjang hayat. - Gambar hiasan.

Varia!»

Jual kerana suka-suka

EYQA (kanan) dan rakan kongsi Muhammad Zulkarnaen gembira penat lelah mereka membuahkan hasil.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15