SUKAN
Liga Super: Kelantan masih belum menyerah kalah
EMPAT gol yang cipta ketika membenam cabaran KL Plus di Kota Bharu kelmarin membuktikan Kelantan belum mahu menyerahkan mahkota kejuaraan Liga Super kepada Selangor.
Beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV yang dibanjiri hampir 18,000 penyokong, Kelantan membuka tirai gol seawal minit ke-15 menerusi Azizi Mat Rose sebelum ditambah Indra Putra Mahayuddin, Akmal Rizal Rakhli dan Norfarhan Mohamad.
Begitupun, KL Plus mendapat gol saguhati menerusi Rusydee Samsuddin.
Bagi pengendali Kelantan, B. Sathianathan, persembahan anak-anak buahnya cukup memikat.
Tanpa berselindung, Sathianathan melemparkan pujian kepada semua pemain yang beraksi dengan penuh konsisten.
Menurutnya, kemampuan para pemain mengawal permainan selain fokus yang cukup tinggi pada perlawanan itu membuatkan pemain- pemain KL Plus seperti kehilangan punca dan gagal menembusi benteng pertahanan yang beraksi dengan cukup baik.
"Jentera hadapan paling efektif dan kita berjaya menyempurnakan peluang yang terhidang dengan baik. Hasilnya kita berjaya menjaringkan empat gol dan saya kira itu cukup baik sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia.
"Bagi saya, pasukan yang ada ini lebih baik daripada tiga bulan dulu. Setakat ini kita tewas sekali pada Januari lalu dan saya mahu pemain mengekalkan momentum ini hingga saingan tamat," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, ketiadaan perancang, Badri Radzi yang demam pada mulanya agak meresahkan kem Kelantan.
Begitupun, para pemain membuktikan bahawa Kelantan tidak berdepan masalah kebergantungan dan semua pemain bersedia diturunkan dan menjalankan tugas.
"Bola sepak adalah sesuatu yang aneh. Saya tidak mahu bercakap mengenai Selangor tetapi saya mahu berbicara mengenai peluang yang ada pada Kelantan dan sedikit kesilapan mungkin akan merubah segala-galanya," jelas Sathianathan.
Rencana Utama!»

Waspada sajian pada Aidilfitri
PESAKIT diabetes perlu menjalani rawatan dan menjaga pemakanannya sepanjang hayat. - Gambar hiasan.
Varia!»

Jual kerana suka-suka
EYQA (kanan) dan rakan kongsi Muhammad Zulkarnaen gembira penat lelah mereka membuahkan hasil.



Senjakala untuk lelaki
Ancaman kuman super


