NEGARA

Bersalah bunuh suami isteri

Bersalah bunuh suami isteri




SEREMBAN - Seorang bekas petinju remaja Negeri Sembilan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita hamil lapan bulan dan suaminya di sebuah rumah di Senawang dekat sini tiga tahun lalu.

Mohamad Azli Azhari, (gambar) 23, dilihat tenang ketika mendengar keputusan yang dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yassin.

Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, pihak Pendakwa Raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan semua bukti menunjukkan tertuduh telah membunuh pasangan malang itu.

Azli dituduh membunuh Syed Herie Azmi Syed Kassim, 25, dan Aniza Ayob, 24, di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Senawang di sini antara pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi pada 16 Jun 2007.

Pasangan berkenaan baru lapan bulan bergelar suami isteri dan Aniza semasa dibunuh sedang sarat mengandung.

Pasangan suami isteri itu dijumpai mati oleh dua rakan mereka dengan beberapa kesan tikaman di badan. Mayat mereka terlantar di ruang tamu rumah.

Ahmad Nasfy berkata, beberapa jam selepas kejadian itu, tertuduh telah mengaku kepada rakan-rakannya bahawa dia telah membunuh Syed Herie yang juga dikenali sebagai Along Santan.

"Malah ketika ditahan, polis menjumpai senjata pembunuhan yang masih mempunyai darah di dalam simpanan kamu," kata Pesuruhjaya Kehakiman itu.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguam Hanif Hassan mewakili Azli.

Berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15