NEGARA

Nilai deposit Al-Awfar cecah RM600 juta

Nilai deposit Al-Awfar cecah RM600 juta


KHAIRUL (kiri) bersama lima pemenang cabutan bertuah Al-Awfar yang menerima RM100,000 setiap seorang di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengunjurkan nilai simpanan bagi akaun Al-Awfar meningkat kepada RM600 juta menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besar Divisyen Perbankan Pengguna Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, nilai tersebut mampu dikumpul ekoran pertambahan pemegang akaun barunya kira-kira 40,000 orang yang menjadikan jumlah keseluruhan pendepositnya mencecah sehingga 160,000 orang.

Al-Awfar merupakan akaun simpanan-i dan pelaburan-i yang pertama seumpamanya menawarkan kepada pemegang akaun satu pilihan untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM100,000.

Cabutan pemenang akan dibuat setiap tiga bulan dan pada masa yang sama pemegang akaun masih boleh melakukan simpanan dan menerima keuntungan.

"Produk itu berasaskan kontrak Mudharabah perkongsian untung. Ia bertujuan membolehkan pemegang akaun berjimat dan mendapat untung," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah Al-Awfar sempena ulang tahun pertamanya di sini semalam.

Menurut Khairul, sejak pelancaran Al-Awfar pada bulan Mac tahun lalu, akaun tersebut telah berjaya menarik sebanyak 125,197 pendeposit dan nilainya sebanyak RM466.6 juta.

"Kami optimis terhadap sasaran tersebut ekoran tawaran unik yang membolehkan para pendeposit berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM100,000 setiap tiga bulan.

"Malah Al-Awfar juga berjaya menarik kira-kira 80 peratus pelanggan baru bagi Bank Islam," katanya.

Khairul menjelaskan, sehingga kini, jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang diberi dalam lima cabutan adalah sebanyak RM1,258,000.

Rencana Utama!»

Tunai umrah guna jalan darat

PESERTA Ekspedisi Kembara Bumi Suci 2014 berpeluang bertemu dengan kumpulan motosikal berkuasa tinggi Madinah Riders dan Madinah Gold Riders sewaktu berada di Masjid Nabawi, Madinah.

Pemotoran!»

Sehangat aksi di litar lumba

PORSCHE 911 GT3 mengambil masa kurang daripada empat saat bagi mencapai kelajuan 100km/j.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31