URBAN
Kediaman ala Inggeris

TERLETAK berhampiran tasik yang didiami oleh sekawan angsa putih dan pokok bunga teratai serta dikelilingi sepuluh buah taman landskap, vila teres dua tingkat, SummerGlades tersenarai antara perumahan eksklusif pada tahun 2012.
Dengan nilai pembangunan kasar RM115 juta, SummerGlades direka dengan reka bentuk calet menjadikannya seolah-olah sebuah sebuah kediaman di lokasi peranginan.
Projek pembangunan di kawasan seluas 9.3 hektar itu menawarkan keindahan landskap yang boleh dinikmati terus dari ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur utama mereka sendiri.
SummerGlades menawarkan enam rekaan berbeza untuk memberi pilihan kepada pelanggan.
"SummerGlades terbahagi kepada jenis 1, jenis 2, jenis 3, jenis 4, jenis 5 dan jenis 6.
"Projek perumahan yang terletak di taman perumahan eksklusif, Perdana Lakeview West, Cyberjaya ini menerapkan susun atur gaya bebas dengan jalan melengkung," kata Pengarah Projek, Suntrack Development Sdn. Bhd., James K.K Tannya yang mendapat ilham menghasilkan reka bentuk rumah ala Inggeris itu kerana kerap melancong ke luar negara.
Jelasnya, setiap unit kediaman SummerGlades dilengkapi tabir mandi kaca, sambungan pendingin udara dengan saluran paip penyejuk air dan paip air panas.
Malah, untuk menjamin keselamatan pemilik, setiap unit mempunyai pintu pagar automatik dan sistem penggera keselamatan.
Ditawarkan hanya enam unit seekar, SummerGlades adalah kediaman dengan kepadatan yang rendah dalam kelasnya tersendiri. Dari perspektif teknikal, unit kediaman itu juga mempunyai reka bentuk yang terperinci untuk memastikan nilai estetik dan keperluan pengubahsuaian yang minimum selepas pembelian.
"Ia juga direka bentuk bagi menggalakkan pergaulan sosial. SummerGlades menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti luar. Antaranya lorong berjalan kaki, trek bersenam, berbasikal, taman permainan, laman komuniti dan dusun.
"Hampir 40 peratus persekitaran kawasan dilitupi oleh landskap pepohon yang menghijau," kata James.

Menjelaskan konsep SummerGlades, James memberitahu, kawasan hijau yang luas menjadikan SummerGlades tanda aras baru dalam pasaran hartanah.
"Ia direka bagi membolehkan kanak-kanak bermain di luar dan bercampur gaul dengan jiran-jiran mereka.
"Dari taman landskap sehingga ke jeti tasik, SummerGlades menawarkan gaya hidup yang istimewa untuk penghuninya. Malah, anak-anak juga boleh membesar dalam persekitaran yang semula jadi," katanya.
SummerGlades menawarkan ruang binaan seluas 273 meter persegi darab 283 meter persegi.
Sehingga kini, sebanyak 65 peratus daripada unit kediaman telah terjual. Harga seunit ditawarkan dari RM759,800 sehingga RM1.2 juta.
SummerGlades terletak di Cyberjaya iaitu sebuah bandar terancang dengan infrastruktur serba lengkap dan pusat komersial yang berkembang pesat "Kami mendapati tapak SummerGlades cukup berpotensi dan kami merebut peluang ini untuk membangunkan kediaman yang unik untuk pembeli," katanya.
SummerGlades juga terletak berdekatan dengan pusat beli-belah Cyberjaya Street, Jusco Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor dan pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya.
Dengan perjalanan hanya 25 minit, pemilik SummerGlades juga boleh pergi ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) melalui Lebuh Raya Maju Expressway (MEX). SummerGlades juga dihubungkan dengan enam lebuh raya utama yang lain.
Untuk maklumat lanjut mengenai SummerGlades, sila hubungi Suntrack Development Sdn. Bhd. menerusi talian 03- 8318 3188 /89. Anda juga melayari laman web www.summerglades.com.my. - FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
Rencana Utama!»

Waspada sajian pada Aidilfitri
PESAKIT diabetes perlu menjalani rawatan dan menjaga pemakanannya sepanjang hayat. - Gambar hiasan.
Varia!»

Jual kerana suka-suka
EYQA (kanan) dan rakan kongsi Muhammad Zulkarnaen gembira penat lelah mereka membuahkan hasil.



Senjakala untuk lelaki
Ancaman kuman super


