INFINITI

Kompak premium IXUS

Kompak premium IXUS


IXUS 300 HS berupaya merakam imej sehingga 8.4 rakaman sesaat.


MERAH, putih dan hitam merupakan tiga pilihan warna mengagumkan bagi rangkaian kamera terbaru IXUS keluaran produk penyelesaian pengimejan terkemuka dunia Canon.

Berbeza dengan rangkaian IXUS sebelum ini, model terbaru IXUS 300 HS itu dilengkapi dengan sistem terbaru sensitif tinggi (HS) untuk memberikan pengimejan lebih cantik dan berkualiti kepada pengguna.

Menariknya tentang sistem HS itu, ia terdiri daripada sensor bersensitiviti tinggi 10 megapiksel dan pemproses imej DIGIC 4, bagi membolehkan penggemar fotografi merakam imej pada resolusi tinggi tanpa sebarang gangguan.

Pencahayaan rendah

Rakaman pengimejan juga akan kelihatan lebih jelas dan natural dalam apa juga keadaan merangkumi pergerakan, gegaran, kelajuan serta situasi keadaan mencabar.

Dengan adanya sistem terbaru ini, penggemar fotografi tidak perlu bimbang lagi tentang kualiti imej yang dirakam pada pencahayaan rendah malah, peranti terbaru ini juga dapat mengurangkan penggunaan tripod.

Mereka yang gemar merakamkan pengimejan berkelajuan tinggi dapat melakukan dengan menggunakan gajet terbaru itu kerana ia boleh merakam imej sehingga 8.4 rakaman sesaat.

Dalam pada itu, fungsi apertur bersaiz besar iaitu f/2.0 turut dapat membantu penggemar fotografi merakam imej pada kadar kelajuan pengatup lebih pantas sekali gus mengelak rakaman menjadi kabur.


WARNA merah menyerlahkan keanggunan kamera digital IXUS 300 HS.


Bagi mereka yang kreatif pula, ciri-ciri mengubahsuai kadar kelajuan pengatup dan apertur secara manual dapat dilakukan dengan mudah serta berkesan untuk menyerlahkan lagi daya kreativiti pada imej dirakam.

Anda turut boleh menggunakan mod efek mini (miniature effect) yang dapat memberi kesan satu keadaan latar belakang yang kabur manakala subjek utama adalah jelas dan sempurna.

Ia turut dilengkapi mod efek mata ikan (fish-eye) untuk meningkatkan kreativiti pengguna yang mahukan kelainan pada rakaman imej mereka.

IXUS 300 HS juga dilengkapi ciri Advanced Smart Auto yang membolehkan operasi pengesanan pintar pada wajah dan lokasi dilakukan.

Skrin paparan LCD TFT luas bersaiz tiga inci memberi kelebihan kepada pengguna apabila dapat melihat rakaman yang dilakukan dengan lebih sempurna.

Dari segi rakaman video pula, ia boleh merakam pada kelajuan 240 bingkai sesaat. Bagi mendapat efek pergerakan perlahan ala cinema rakaman video boleh dimainkan pada kadar 30 bingkai sesaat.

Model yang disasarkan kepada penggemar fotografi khususnya mereka yang sudah memiliki kamera refleks lensa tunggal digital (DSLR), tetapi masih dalam pencarian sebuah kamera kompak berprestasi tinggi, kamera ini ditawarkan pada harga RM1,499.

Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenai IXUS 300 HS boleh diperoleh daripada laman web www.canon.com.my.

Rencana Utama!»

Perjumpaan wajib
setahun sekali

BERGOTONG-ROYONG menganyam ketupat antara aktiviti lazim yang dapat dilihat di kampung-kampung.

Varia!»

Tapai pulut tiga perisa

TAPAI pulut Sarimah mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16