DIVA INTERAKTIF
Studio Cafe sudah tutup?

DIVA rajin juga bawa kawan-kawan makan di kafe milik Zahid dan rakan-rakannya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Kafe yang dinamakan Studio Cafe itu memang memenuhi cita rasa Diva.
Tapi baru-baru ini Diva dikejutkan dengan cerita bahawa kafe tersebut sudah pun ditutup atau dalam perkataan lain, bungkus. Terus Diva minta kawan Diva telefonkan juara AF yang sentiasa menjadi pujaan Diva, Zahid.
"Memang Studio Cafe sudah tutup. Tapi setakat ini saya dan rakan-rakan belum berbincang tentang perancangan kami.
"Mungkin kami akan berpindah ke satu tempat yang lebih murah sewanya.
"Bukan sebab saya bergaduh dengan rakan niaga sebaliknya kafe tersebut ditutup kerana kami menanggung kerugian.
![]() |
|
ZAHID |
"Memang ramai pelanggan datang memberi sokongan terhadap restoran kami, malangnya ia tidak dapat menampung kos operasi.
"Sewa juga agak mahal dan kami ambil keputusan untuk menutup perniagaan di sini dan mungkin berpindah ke tempat yang lebih murah sewanya," ujar Zahid yang sedih dengan penutupan kafe tersebut pada minggu lalu.
Diva doakan semoga Zahid dan kawan-kawannya dapat meneruskan perniagaan tersebut.
Diva rasakan masakan di situ enak dan konsepnya juga menarik. Kadang-kadang sempat juga kawan-kawan Diva menyaksikan persembahan akustik artis kita di sana.
Diva: Teringin nak buka kafe kecil-kecilan.
Rencana Utama!»

Perjumpaan wajib
setahun sekali
BERGOTONG-ROYONG menganyam ketupat antara aktiviti lazim yang dapat dilihat di kampung-kampung.
Varia!»

Tapai pulut tiga perisa
TAPAI pulut Sarimah mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian.




Senjakala untuk lelaki
Servis kamera dan album foto
Ancaman kuman super


