NEGARA

Penganalisis komputer BSN menang saman Pusrawi

Penganalisis komputer BSN menang saman Pusrawi

KUALA LUMPUR - Seorang isteri menangis kegembiraan selepas suaminya, seorang penganalisis komputer yang mengalami kecederaan otak akibat pembedahan tulang belakang empat tahun lalu menang dalam tuntutan saman terhadap Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. dan tiga orang doktor.

"Syukur, Alhamdulillah. Selepas tiga tahun, saya akhirnya dapat memberikan yang terbaik buat suami. Terima kasih kepada semua, peguam dan kawan-kawan yang banyak menolong dengan mendoakan kami," ujar Rosemah Ibrahim dengan nada terharu.

Namun suri rumah itu yang ditemani anaknya, Nur Eliza, 20, dan ahli keluarga hadir ke mahkamah bersama peguam Cheow See tanpa kehadiran suami, Roslan Mohd. Ali (gambar) yang kini hanya terlantar di rumah.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Wahab Patail memeritahkan keempat-empat defendan, setiap seorang membayar RM20,000 sebagai kos guaman kepada Roslan manakala bayaran ganti rugi akan dinilai kemudian oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Selain Pusrawi, tiga doktor yang dinamakan sebagai defendan terdiri daripada pakar anesthesia Dr. Ainy Md. Aris, pakar ortopedik Dr. Mohd. Ismail Maulud serta pakar ortopedik dan trauma Dr. Didi Indra Tjahya.

Pada 2 Februari 2007, Roslan, 47, penganalisis kanan komputer Bank Simpanan Nasional menyaman defendan kerana didakwa cuai sehingga dirinya mengalami kecederaan otak dan koma selama lima bulan selepas menjalani pembedahan di hospital itu pada 1 September 2006.

Dalam pernyataan tuntutan, Roslan selaku plaintif mendakwa telah menjalani satu pembedahan akibat kesakitan di bahagian belakang yang menurut doktor hanya mengambil masa selama dua jam.

Dakwanya, ketiga-tiga doktor tersebut cuai apabila menyebabkan tiub 'endotracheal' yang membekalkan oksigen tersasar keluar daripada saluran pernafasan semasa membetulkan kedudukan tubuh yang mengakibatkan pernafasan terhenti kerana tiada bekalan oksigen.

Ujian EEG (electroencephalogram) yang dibuat selepas pembedahan mengesahkan dia mengalami kerosakan otak akibat kekurangan bekalan oksigen sehingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selama 22 hari.

Akibat kecuaian itu, dia mengalami kerosakan otak yang teruk dan tidak dapat berfungsi dengan normal menjadikan dirinya seperti 'bangkai bernyawa' yang memerlukan penjagaan berterusan.

Sehubungan itu, plaintif menuntut RM500,000 sebagai ganti rugi teladan dan punitif, ganti rugi khas RM5,687 sebulan bagi kehilangan pendapatan sejak 2 Februari 2007, faedah empat peratus setahun, kos dan relif lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

Rencana Utama!»

Harga teripang kering RM500 sekilogram untuk sektor akuakultur

KEPUTUSAN fasa pertama pembiakan Holothuria Scabra bakal mempengaruhi tindakan kerajaan untuk memasukkannya ke dalam sektor akuakultur di peringkat kebangsaan.

Varia!»

Ilmu sains dalam Islam dibukukan

MUHAMAD KAMAL (empat dari kanan), Mohd. Khairi (lima dari kiri) dan Mahmood Zuhdi (dua dari kanan) bersama para penyelidik yang terlibat dalam penerbitan buku tersebut.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32