HIBURAN

Rabbani prihatin

Rabbani prihatin


KONSERT Mahabbah Gaza diadakan bermatlamat bagi mengumpul dana untuk tabung Gaza.


BARU-BARU ini, dunia telah dikejutkan dengan berita serangan kekejaman Israel ke atas kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza yang juga dikenali sebagai Flotilla.

Menyedari hakikat itu, kumpulan nasyid popular tanah air, Kumpulan Rabbani telah mengambil langkah drastik untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa serangan Israel di Gaza dengan menganjurkan sebuah Konsert Mahabbah Gaza, yang dijadualkan bermula pada 10 Julai ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Pengarah Program Konsert Mahabbah Gaza, Azadan Abd. Aziz, berkata, konsert Mahabbah Gaza atau lebih dikenali sebagai konsert kasih sayang Gaza ini sebagai satu usaha untuk mengumpul dana bagi mangsa kekejaman Israel di Gaza, sekali gus membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap kesengsaraan penduduk Palestin.

“Konsert ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang hikmah di sebalik semua kejadian yang menimpa delegasi Malaysia dalam misi menghantar bantuan kepada penduduk Palestin, katanya dalam sidang media baru-baru ini.

Menurut Azadan, hasil sewa tapak ekspo yang diadakan semasa konsert itu juga turut disumbangkan kepada tabung Gaza.

Wakil dari Haluan Palestin, Norazman Samsudin, berkata, beliau menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Kumpulan Rabbani ini dalam membantu penduduk Palestin.

“Saya berharap orang ramai juga turut bersama-sama dalam menyokong usaha murni ini, kerana hanya dengan semangat bersatu-padu umat islam mampu menundukkan Israel daripada terus-menerus melakukan kekejaman terhadap penduduk Palestin,” katanya dalam sidang media di ibu negara baru-baru ini.

Bersesuaian dengan semua peringkat umur, konsert ini juga diselitkan dengan beberapa slot khas antaranya temu bual bersama wakil Malaysia yang terselamat daripada menjadi mangsa tahanan Israel, segmen penghargaan terhadap Allahyarham Asri Ibrahim, persembahan khas daripada Rabbani Junior dan banyak lagi aktiviti menarik bakal berlangsung.

Bagaimanapun, konsert yang ditaja oleh PRM Global Vision Sdn. Bhd. ini bukan hanya diserikan oleh Rabbani tetapi juga, turut dimeriahkan lagi dengan beberapa kumpulan nasyid terkenal tanah air antaranya, In-team, Nowseeheart, Saujana, Raihan, dan Ummul Qura.

Di samping itu, terdapat juga pakej umrah awal Ramadan bersama Rabbani pada 8 hingga 16 Ogos dan untuk keterangan lanjut mengenai pakej umrah serta Konsert Mahabbah Gaza ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang Rabbani di www.rabbani.com.my dan talian 03-62721225.

Stailo!»

Rekaan kontemporari generasi Y

MOTIF pua kumbu menjadi inspirasi perincian potongan baju-baju batik moden Tuan.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31