NEGARA
Tesco Melaka Cheng mula dibuka

MELAKA - Cawangan terbaru Tesco Store (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco), di Jalan Cheng, Melaka menjadi tumpuan apabila ia mula dibuka kepada orang ramai mulai semalam.
Pasar raya besar yang dikenali sebagai Tesco Melaka Cheng itu merupakan rangkaian kedua dibuka di bandar bersejarah itu yang menjadikan jumlah keseluruhan rangkaian Tesco kini sebanyak 34 buah di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Tjeerd Jegen berkata, premis terbaru itu merupakan pusat sehenti beli belah yang menawarkan lebih daripada 60,000 jenis produk merangkumi pakaian sehingga buah-buahan pada harga yang rendah.
"Nilai terpenting yang diharapkan oleh pelanggan kami ialah produk makanan berkualiti tetapi dijual pada harga rendah.
"Tesco akan sentiasa memantau produk terpilih ini untuk kegunaan rutin harian pelanggan dan kami akan memastikan harga barangan tersebut adalah rendah daripada pasar raya pesaing kami," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Tesco, Tim Golding; Pengurus Besar Rangkaian, S. Ramamoothi dan Pengurus Projek, Abu Hasan Mohd. Nordin.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


