URBAN

Rebat barangan setiap hari

Rebat barangan setiap hari




KAWASAN bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor pada 10 Jun lalu begitu meriah dengan bunyi paluan 24 gendang daripada 24 tetamu kehormat mewakili jenama barangan elektrik dan elektronik dunia seperti Samsung, Panasonic, Sony, Canon, Sharp, Hitachi, Philips dan banyak lagi.

Barangkali penduduk di kawasan sekitar Bukit Tinggi mahupun kawasan-kawasan lainnya sudah sedia maklum mengenai pembukaan ruang niaga baru barangan elektrik dan elektronik yang diberi nama Home-mart + kerana iklan banting dan poster sudah terpampang meluas di pelbagai lokasi baru-baru ini.

Namun, bagi mereka yang belum tahu mengenainya, jangan lepaskan peluang menjejakkan kaki ke Bukit Tinggi kerana sebuah ruang niaga baru barangan elektrik dan elektronik yang menawarkan sebanyak 2,500 barangan elektrik dan elektronik baru sahaja memulakan operasinya.


HOME-MART+ menjadi kedai barangan elektrik dan elektronik pilihan ramai kerana menawarkan pelbagai kelebihan kepada pelanggannya.


Diskaun dengan kad Home Point

Menariknya buat pelanggan Home-mart +, dari tarikh pembukaannya iaitu 10 hingga 14 Jun lalu, mereka berpeluang membeli barangan elektrik dan elektronik yang berkualiti pada harga yang rendah, bahkan dapat menikmati rebat sehingga 40 peratus!

Namun, kepada yang tidak berkesempatan merebut peluang istimewa selama empat hari itu usah kecewa kerana buat pertama kalinya di Malaysia, Home-mart + menjadi satu-satunya ruang niaga barangan elektrik dan elektronik yang menyediakan rebat setiap hari.

Dengan menggunakan pendekatan perniagaan yang mudah dan secara langsung, Home-mart + memberi peluang kepada pelanggan membayar barangan elektrik dan elektronik pada harga yang rendah tanpa merasa bimbang dengan kualiti yang disediakan.

"Mengapa harga rendah? Kami percaya pilihan pengguna adalah elemen terpenting dalam sebarang perniagaan. Kini, di Home-mart + pelanggan hanya perlu membayar untuk produk dan perkhidmatan yang mereka inginkan dan pada masa yang sama menikmati rebat dari empat sehingga 15 peratus setiap hari.

"Untuk mendapatkan rebat tersebut, mereka hanya perlu menjadi ahli Home-mart +. Dengan hanya membayar RM12 untuk mendapatkan kad Home Point, pelanggan boleh menjadi ahli seumur hidup Home-mart + dan menikmati rebat setiap hari.


SUSUN atur Home-mart + yang kemas dan menarik memudahkan pelanggan memilih barangan yang diinginkan.


"Misal kata, pelanggan itu membeli televisyen pada harga RM1,000 dan mendapat home point sebanyak empat peratus, ia bersamaan dengan RM40. Keesokan harinya dia boleh datang ke Home-mart + dan menebus apa jua barangan yang berharga RM40 dengan hanya menggunakan kad Home Point," kata Pengarah Urusan Home-mart Plus (M) Sdn. Bhd., K.H. Lim yang menyasarkan perkakasan dapur menjadi tarikan utama pelanggan wanita untuk menebus mata kad Home Point.

Jelasnya, pelanggan juga boleh mengumpul mata ganjaran untuk menebus barangan hebat seperti TV LCD, peti sejuk, telefon bimbit dan pelbagai lagi.

Simbolik biru oren

Menurut Lim, Home-mart + juga merupakan satu-satunya ruang niaga barangan elektrik dan elektronik yang menyediakan kelengkapan dapur.

"Kami peruntukan seluas 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) untuk pelbagai produk perkakasan dapur. Kami juga menyediakan ruang untuk kelengkapan barangan elektrik dan elektronik yang memudahkan pelanggan.

"Sebagai contoh, untuk set televisyen, kami akan susunkan ia di satu rak mengikut inci, bukannya mengikut jenama seperti yang dilakukan oleh pesaing lain.

"Jika pelanggan ingin membeli televisyen 32 inci mereka hanya perlu ke rak tersebut dan membuat perbandingan mengikut jenama televisyen tersebut. Jadi, mereka tidak perlu bersusah payah pergi ke setiap rak jenama televisyen untuk membeli," kata lelaki yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam perniagaan elektrik dan elektronik itu.

Ditanya kenapa pihak Home-mart + memilih Bukit Tinggi sebagai tapak untuk membuka ruang niaga, Lim memberitahu, kawasan tersebut merupakan sasaran pelanggan luar bandar. Kedudukannya yang srategik juga memudahkan orang ramai datang ke Home-mart +.


KELENGKAPAN dapur bakal menjadi tarikan utama pelanggan wanita terutama yang ingin menukar rebat Home Point.


"Di sana juga terdapat orang Hokkien. Setahu saya orang Hokkien sangat pandai mengira. Saya juga menyasarkan sebanyak 65 peratus pelanggan Melayu datang membeli di Home-mart +," katanya yang menetapkan dalam masa selama lima tahun untuk membuka 100 lagi cawangan Home-mart + di seluruh Malaysia.

Memilih warna biru dan oren untuk ruang niaga dan seluruh sistem Home-mart +, Lim memberitahu, pemilihan warna biru menunjukkan kestabilan dan sifat jujur yang akan dicapai oleh Home-mart +. Warna oren yang menandakan agresif dan segar pula menunjukkan Home-mart + akan sentiasa bersikap agresif untuk memberi yang terbaik buat pelanggan.

"Simbol Plus (+) pula digunakan untuk menunjukkan kelebihan atau sukses yang akan dicapai oleh Home-mart +," katanya.

Tambah Lim, pelanggan kad Home Point juga berpeluang menikmati barangan elektrik secara percuma dengan hanya bermain roda Home-mart +.

"Kami akan sediakan roda permainan di hadapan pintu kedai untuk pelanggan Home-mart + yang memiliki kad Home Point. Mereka hanya perlu memasukkan kad dan membuat putaran roda.

"Jika bernasib baik mereka boleh memenangi barangan elektrik seperti televisyen secara percuma," katanya yang berharap untuk menarik golongan muda datang ke Home-mart +.

Stailo!»

Rentasan karier Anaabu, Nur Safira

Nur Safira dan Ana ialah bakat mentah industri fesyen yang masih digilap keistimewaannya.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31