DUNIA

Misteri bunyi pelik dalam enjin

Misteri bunyi pelik dalam enjin


GAMBAR menunjukkan Smith (kiri) dan seorang mekanik yang memegang seekor anak kucing.


COLCHESTER, England - Misteri bunyi pelik muncul setiap kali enjin sebuah kereta BMW dihidupkan oleh pemiliknya, Paul Smith akhirnya dapat diselesaikan oleh seorang mekanik, lapor sebuah akhbar semalam.

Bunyi ganjil tersebut muncul di depan bonet kereta yang berkuasa tinggi itu tetapi pemiliknya gagal mencari dari arah mana suara tersebut datang selepas dia membuka bonet keretanya.

Akibat kebingungan, pemilik kereta itu memandunya ke sebuah pusat servis dan mengadu kepada seorang mekanik di pusat perkhidmatan Cooper, BMW di sini mengenai bunyi ganjil tersebut.

Selepas membuka bonet kereta, mereka terkejut apabila melihat terdapat anak kucing betina berada dalam keadaan ketakutan di palang sokongan di dalam ruang enjin.

"Saya rasa kucing itu masuk ke ruang enjin itu dari bawah kereta," kata Smith.

Anak kucing itu dikeluarkan manakala kakitangan pusat servis itu memberi anak kucing itu susu.

Menurut Smith, dia berharap pemilik anak kucing itu akan dapat ditemui. - Agensi

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 31