NEGARA
Melaka rancang tubuh Melaka Air

penumpang Firefly di LTAM, Batu Berendam, Melaka semalam.
MELAKA - Bagi memaksimumkan penggunaan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang bernilai RM131 juta, kerajaan negeri merancang memiliki sebuah syarikat penerbangan sendiri yang dikenali sebagai Melaka Air.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sejak LTAM dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari lalu, belum ada syarikat penerbangan tempatan menggunakan lapangan terbang tersebut.
Sehubungan itu katanya, rancangan menubuhkan Melaka Air terpaksa dibuat jika rundingan antara kerajaan negeri dengan AirAsia dan Lion Air untuk beroperasi di LTAM menemui jalan buntu.
"Sehingga kini tiada kata putus diberikan sama ada AirAsia dan Lion Air bersetuju untuk menjadikan LTAM sebagai salah satu destinasi penerbangan," katanya selepas merasmikan majlis Pelepasan Penerbangan Pertama (Sewa Khas) Melaka-Medan-Melaka menggunakan syarikat penerbangan Firefly di LTAM, Batu Berendam di sini semalam.
Pada majlis itu, seramai 72 orang penumpang menyertai pakej pelancongan tiga hari dua malam ke Medan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


