DUNIA

Aktres Bollywood berbogel di Twitter

Aktres Bollywood berbogel di Twitter


SHERLYN CHOPRA


MUMBAI - Model yang menjadi penyanyi dan aktres India, Sherlyn Chopra menyiarkan beberapa gambar bogelnya di laman Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Sherlyn yang pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Game dan Red Swastik sebelum ini pernah menolak tawaran untuk berbogel oleh majalah Playboy.

Namun pelakon itu mengemukakan alasan untuk mendapatkan maklum balas daripada peminatnya di Twitter jika dia berbogel.

Apabila ditanya kenapakah gambar itu disiarkan untuk tatapan umum, Sherlyn memberitahu dia terlihat koleksi gambarnya dan terfikir bahawa ia boleh dikongsi dengan rakan-rakan serta peminatnya di Twitter.

"Maklum balas mengenai gambar saya sangat bagus. Ada yang membencinya.

Gambar-gambar itu dirakam oleh jurugambar fesyen dan selebriti terkenal, Vishal Saxena yang merupakan rakan rapat Sherlyn. - Agensi

Rencana Utama!»

Kallas buatan anak tempatan

PROJEK penggantian kubah dan kallas di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini siap sepenuhnya awal tahun ini.

Process time in ms: 32