DUNIA

Muka seperti makhluk asing

Muka seperti makhluk asing


IGOR (kiri) dan kembarnya, Grichka yang memiliki wajah seperti makhluk asing menghadiri satu parti di Cannes, Perancis kelmarin.


CANNES - Muka satu pasangan kembar yang merupakan pelakon televisyen terkenal di Perancis, Igor Bogdanoff dan Grichka Bogdanoff kini kelihatan seperti wajah makhluk asing

yang kerap disiarkan dalam filem dan televisyen, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan kembar itu sebelum ini popular semasa berlakon dalam siri fiksyen sains Temps X pada 1980-an sebelum menjadi peminat pembedahan plastik.

Muka pasangan kembar itu menjadi seperti wajah makhluk asing yang dipaparkan dalam filem dan televisyen akibat kesan terlalu banyak menjalani pembedahan plastik.

Gambar wajah mereka seperti makhluk asing itu dirakamkan oleh jurugambar semasa mereka menghadiri satu parti di Cannes, Perancis kelmarin.

Mereka difahamkan menjalani banyak pembedahan plastik di bahagian pipi dan dagu termasuk menggunakan Botox. - Agensi

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Varia!»

Sesal penderita HIV positif

SITI gemar berpeleseran di kelab malam sehingga dia akhirnya terjebak menjadi pelacur. Gambar hiasan

Process time in ms: 31