STAILO

Gedung terbesar Jakel

Gedung terbesar Jakel


FAROZ (kanan) melayan Paduka Puteri Tunku Kamariah Iskandar (dua dari kanan) dengan kerabat diraja Johor semasa majlis pelancaran gedung Jakel di Shah Alam, baru-baru ini.


MUNGKIN sebelum ini anda perlu bersesak-sesak setiap kali ingin berkunjung ke gedung tekstil terkenal Jakel yang terletak di Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Apatah lagi dengan kesukaran mendapatkan tempat letak kereta, situasi itu mungkin akhirnya membuatkan mood untuk membeli-belah terbantut begitu sahaja.

Bagaimanapun, kejadian seperti itu tidak lagi timbul kerana pengunjung yang tinggal berdekatan Shah Alam, Subang dan Klang sudah boleh memilih untuk menjenguk gedung terbaru pusat tekstil itu yang beroperasi berdekatan dengan kediaman mereka.

Terletak di Seksyen 7, Shah Alam gedung Jakel setinggi enam tingkat dimuatkan dengan pelbagai jenis fabrik yang sesuai dijadikan pelbagai potongan fesyen.


GEDUNG enam tingkat ini mengumpulkan koleksi kain terbaru dengan rekaan lebih segar.


Malah, butik terkenal Arianni turut diletakkan di dalam gedung yang sama khusus untuk penggemar dan pemakai tudung. Dengan keluasan 7,432 meter persegi, pengunjung akan lebih selesa untuk memilih jenis fabrik yang ingin dibeli.

"Shah Alam dipilih sebagai lokasi gudang terbesar kerana ia memberi kemudahan kepada pelanggan yang tinggal berdekatan kawasan sekitarnya termasuk dari Subang Jaya, Damansara, Klang atau Puchong.

"Cawangan Shah Alam merupakan galeri tekstil Jakel Trading yang terbesar dengan memuatkan pelbagai fabrik menarik yang mana tidak memerlukan anda ke tempat lain. Kalau hendak cari tudung dan kain datang sahaja ke sini," beritahu Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Pembukaan cawangan itu, tidak memerlukan anda berkunjung ke gedung Jakel di Kuala Lumpur kerana kesemua fabrik yang dijual turut terdapat di Shah Alam.

Tambah Faroz, sejak dulu lagi syarikatnya merupakan pencetus trend bagi corak-corak tekstil terkini yang menerapkan unsur Eropah dalam rekaan. Rekaan tekstilnya sentiasa berubah bagi memberikan kepuasan dan pilihan yang pelbagai kepada pelanggan.

Sementara itu, Jakel bukan sekadar menawarkan fabrik kepada golongan wanita sahaja, sebaliknya kaum lelaki juga boleh mendapatkan fabrik untuk jahitan baju kemeja atau sut.


JAKEL membuka gedung terbarunya di Shah Alam untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan lebih pilihan dan keselesaan semasa membeli-belah.


Pelbagai jenis fabrik eksklusif yang sesuai dijadikan pakaian lelaki antaranya Valentino, Pierre Cardin, Roberto Cavalli dan Emanuel Ungaro.

"Kami akan terus menyediakan fabrik yang bermutu tinggi dan label pereka-pereka ternama daripada negara-negara seperti Perancis, Itali dan banyak lagi," jelasnya lagi.

Bagi meraikan kehebatan pakaian lelaki yang terdapat di gedung Jakel, angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dipilih sebagai duta Jakel bagi koleksi pakaian lelaki yang baru dikeluarkan.

"Pemilihan Sheikh Muszaphar dibuat kerana beliau mempunyai kredibiliti yang tinggi, ketokohan, keterampilan dan menjadi idola rakyat negara ini," terangnya.

Rencana Utama!»

Mahasiswi sulung sandang gelaran

MAIZURA hanya memulakan latihan debat secara intensif dari pukul 6 petang sehingga 10 malam setiap hari.

Infiniti!»

Berjaya eratkan silaturahim

PEMBERIAN buah tangan atau oleh-oleh mampu mengeratkan silaturahim antara pemberi dan penerima.

Varia!»

Peristiwa berdarah di Sungai Siput

SEBUAH ladang getah di Sungai Siput yang menjadi mangsa sabotaj komunis semasa Darurat.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15