NEGARA

Muka Johan cedera dibaling gelas

Muka Johan cedera dibaling gelas


JOHAN (kanan) ketika tiba di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban kelmarin untuk menerima rawatan.


SEREMBAN – Pelawak, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak (gambar) cedera di muka sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dibaling dengan gelas kaca oleh seorang pengarah dalam satu pertengkaran di sini petang kelmarin.

Kejadian itu berlaku sewaktu Johan, 26, berbincang dengan pengarah drama, Javerd Nizar dalam sebuah restoran di Taman Sri Pulai, Sikamat di sini selepas selesai satu sesi penggambaran drama pada pukul 5.30 petang.

Perbincangan itu bagaimanapun bertukar menjadi pertelingkahan dan membawa kepada tindakan mengejutkan dengan Javerd membaling gelas kaca yang ada di atas meja ke arah Johan.

Gelas itu tepat kena ke muka Johan sehingga menyebabkan mukanya berdarah.

Satu sumber berkata, Johan berada di Seremban bagi menjalani penggambaran drama seram bertajuk Bisikan Arwah.

Drama itu turut dibintangi oleh isterinya, Ozlynn Wati Ismail atau dikenali sebagai Ozlynn.

Pertengkaran itu dipercayai berlaku selepas pengarah berkenaan menegur sikap peserta program Raja Lawak musim pertama itu yang didakwa sering lewat tiba di lokasi penggambaran yang baru berlangsung selama lima hari itu.

Varia!»

Snek sihat sepanjang hari

ESTHER (tengah) menunjukkan menu makanan ringan baharu yang diperkenalkan di restoran KRR, pusat beli-belah Encorp Strand, Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16