NEGARA

Buktikan dengan kajian makmal

Buktikan dengan kajian makmal


WALAUPUN ada dakwaan mi segera boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan, ia tetap menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. - Gambar hiasan


GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam meminta Kementerian Kesihatan membuat sendiri kajian makmal bagi membuktikan kesahihan dakwaan bahawa mi segera tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai.

Kementerian itu dalam kenyataannya yang disiarkan semalam menafikan makanan itu berbahaya dan menganggap CAP yang membuat dakwaan itu pada 21 April lalu tidak mempunyai bukti saintifik.

Pegawai Pendidikan CAP, N.V Subbarow berkata, pihaknya telah membuat kajian ke atas pelbagai jenis mi segera berdasarkan keputusan ujian makmal persendirian.

Process time in ms: 15