DUNIA

Filem lakonan aktres lucah ditayangkan

Filem lakonan aktres lucah ditayangkan




JAKARTA - Filem Menculik Miyabi yang pernah mencetuskan kontroversi di Indonesia dijadualkan ditayangkan di pawagam-pawagam negara itu hari ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, filem itu mencetuskan kekecohan setelah orang ramai dan beberapa pertubuhan Islam membantah kehadiran bintang lucah Jepun, Maria Ozawa ke Indonesia untuk berlakon dalam filem itu pada tahun lalu.

Sebahagian penggambaran filem itu terpaksa dilakukan di Jepun setelah Ozawa yang popular dengan gelaran Miyabi di Indonesia membatalkan kedatangannya ke negara itu akibat bantahan pelbagai pihak.

"Pada akhirnya filem itu diluluskan untuk tayangan," kata penerbit studio Maxima Pictures, Ody Mulya Hidayat semalam.

Selain Miyabi, filem itu diperkuatkan dengan barisan pelakon tempatan iaitu Nicky Tirta, Herfiza Novianty, Kevin Julio selain seorang aktres Taiwan, Sabrina Bai.

Pengarah filem Menculik Miyabi, Findo Purnomo berkata, filem itu menonjolkan kejelitaan Miyabi tanpa mengandungi unsur lucah seperti yang dibimbangi oleh beberapa pihak sebelum ini.

"Ia merupakan filem komedi yang diluluskan tapisan pihak berkuasa dan sesuai untuk tontonan golongan remaja," katanya. - Agensi

Horizon!»

Berkelah, jamu selera di air terjun

Sebahagian peserta tidak melepaskan peluang bermandi-manda di air terjun Setinggi.

Varia!»

Cabar keupayaan diri dalam sukan lasak

LEBIH 5,000 orang peserta menyertai Perlumbaan Reebok Spartan di Semenyih Eco Venture, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 32