SUKAN

200 pasukan jadi peserta terawal Rentap Futsal

200 pasukan jadi peserta terawal Rentap Futsal


INILAH lokasi yang akan dijadikan gelanggang Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo!.


PEMINAT futsal tempatan terus menghangatkan Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo!.

Terbaru, Diana D'Nalle antara 200 pasukan yang telah mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan tersebut yang akan berlangsung di Kompleks Futsal Presint 18 Putrajaya pada 14 hingga 16 Mei depan.

Setakat ini, sebanyak 123 pasukan bagi kategori lelaki terbuka telah mengesahkan penyertaan manakala sembilan pasukan bagi kategori wanita terbuka.

Bagi kategori lelaki bawah 18 tahun pula, 41 pasukan telah mengesahkan penyertaan sementara 20 pasukan bagi kategori lelaki bawah 12 tahun.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 10 Mei depan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dijangka beraksi dalam satu perlawanan persahabatan futsal di Kompleks Futsal Putrajaya petang ini.

Shabery bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mempamerkan kehebatan masing-masing bagi menguji gelanggang futsal yang baru siap dibina itu.

Pembinaan gelanggang futsal bernilai RM3.45 juta tersebut merupakan salah satu usaha KBS bagi menjadikan Putrajaya sebagai hab terbesar sukan futsal di negara ini.

Dalam pada itu, pengurus pasukan Diana D'Nalle, Fahrulrazi Mohammad berkata, nama tersebut dipilih sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada sebuah syarikat yang telah sudi menjadi penaja mereka menyertai kejohanan itu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Diana D'Nalle yang sudi menaja kami.

"Sebagai tanda penghargaan, kami telah bersetuju menggunakan nama tersebut pada Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! kali ini," jelas Fahrulrazi semalam.

Pasukan-pasukan yang telah mendaftar dan membuat pembayaran bagi menyertai Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! pada atau sebelum 30 April ini berpeluang mengadakan latihan di Kompleks Futsal Putrajaya.

Sesi latihan akan dibuka kepada pasukan-pasukan yang berminat bermula 9 hingga 13 Mei dan mereka boleh membuat permohonan dengan menghubungi talian hotline 03-22875881.

Yuran yang akan dikenakan untuk latihan selama sejam ialah sebanyak RM30 selain pasukan-pasukan perlu memenuhi syarat iaitu sudah mendaftar serta membuat pembayaran yuran penyertaan sebelum 30 April.

Sesi latihan itu bakal dibuka sepanjang lima hari bermula 9 Mei (Ahad) hingga 13 Mei (Khamis).

Kejohanan itu akan berlangsung selama tiga hari dari 14 hingga 16 Mei.

Bagi pertandingan konsol PS3 pula, sebanyak 151 penyertaan telah dicatatkan setakat ini.

Pesona!»

Jalani hidup sebagai penghidap kanser

ujian mamogram perlu dilakukan golongan wanita setahun sekali terutama yang berumur 40 tahun ke atas. – Gambar hiasan

Varia!»

Berhutang dalam Islam

ISLAM tidak melarang umatnya berhutang tetapi perlu melalui kontrak yang berlandaskan syarak.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16