NEGARA

150 rumah rosak dilanda ribut

150 rumah rosak dilanda ribut


SEBUAH rumah yang rosak teruk akibat dilanda ribut di Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI - Lebih 150 buah rumah rosak teruk di bahagian bumbung setelah ribut melanda di beberapa kawasan perkampungan dan dua kawasan taman perumahan di Sungai Petani dan Merbuk semalam.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu walaupun semua penghuni berada di dalam rumah ketika ribut berlaku.

Seorang mangsa dari Kampung Tengah Abu Seman, Sungai Petani, Nordin Said, 53, berkata, hujan lebat berlaku ketika bumbung rumah penduduk di situ diterbangkan ribut.

"Kebanyakan penghuni keluar dari rumah kerana bimbang keselamatan mereka ketika melihat bumbung rumah mereka diterbangkan ribut" katanya.

Bagi Zul Amin Kali, 60, dia hanya mampu memeluk cucunya yang baru berusia 17 hari kerana bimbang ditimpa bumbung rumah yang tercabut.

"Saya sempat mengarahkan anak cucu keluar dari rumah dan berlindung di tepi rumah jiran," ceritanya lagi.

Rencana Utama!»

Rasa tetap sama selepas empat dekad

MI kicap Mat Jasak masih bertahan selama empat dekad kerana rasanya tidak pernah berubah.

Pemotoran!»

MINI untuk keluarga kecil

Model MINI baharu masih berupaya meledakkan kuasa pemanduan berprestasi apabila pemandu memerlukannya.

Varia!»

Garis panduan di klinik veteriner

Kebanyakan kucing yang dibawa ke klinik menghidap penyakit berjangkit dan bersifat zoonotik. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15