NEGARA

Habuan RM10,000 menanti penderma

Habuan RM10,000 menanti penderma


SHAHIDAN (kanan) melihat kesan rawatan hemodialisis pada tangan Mohamed Izham (tengah) sambil diperhatikan oleh Salim di Kampung Tok Kuning, Kangar semalam.


KANGAR - Mana-mana pihak yang sudi mendermakan buah pinggang kepada seorang pelajar cemerlang, Mohamed Izham Salim yang kini menderita penyakit tersebut peringkat kronik dijanjikan habuan sebanyak RM10,000.

Tawaran istimewa itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai menghargai jasa pihak yang sanggup berkorban demi memastikan masa depan pelajar itu terjamin.

Menurut beliau, Mohamed Izham, 18, amat memerlukan buah pinggang baru kerana organnya itu kini berada pada tahap kronik apabila salah satu daripada buah pinggangnya mulai reput manakala satu lagi sudah tidak berfungsi.

"Saya kasihan melihat keadaannya kerana hampir seluruh badan sehingga leher telah dibuat lubang untuk memasukkan saluran paip mesin dialisis.

"Ketika ini, banyak pihak telah menunjukkan kesediaan memberi bantuan, cuma kita memerlukan rakyat Malaysia yang prihatin untuk menderma buah pinggang kepada Mohamed Izham," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 47