TERKINI

Tanggal jubah, pakai kurta pada majlis konvokesyen

Tanggal jubah, pakai kurta pada majlis konvokesyen

03/04/2010 1:54pm

NEW DELHI - Menteri Alam Sekitar India, Jairam Ramesh yang terkenal kerana padangan radikalnya mencetuskan kontroversi pada majlis konvokesyen sebuah institut kerajaan di Bhopal, apabila menanggalkan jubahnya kerana beranggapan pakaian itu adalah pakaian manusia liar pada zaman pertengahan.

Jairam, 55, sebagai jemputan kehormat pada majlis konvokesyen ketujuh Institut Pengurusan Hutan India bertindak mengejutkan jemputan dan pelajar apabila menanggalkan jubah berwarna merah manggis yang dipakaikan kepadanya sebelum memulakan ucapan.

"Saya masih tak faham kenapa selepas 60 tahun merdeka, kita masih mengagungkan peninggalan penjajah liar ini.

"Kenapakah kita tak boleh adakan majlis konvokesyen dengan hanya menggunakan pakaian ringkas tanpa perlu berpakaian seperti paderi dan pope. Amalan seperti ini bermula pada abad ke-13 di Oxford, katanya yang menerima tepukan gemuruh daripada pelajar.

Ramesh, yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi di India melalui perbahasan tentang pengubahsuaian genetik terung, mencadangkan agar para pelajar memakai pakaian biasa ketika menghadiri majlis konvokesyen.

Menteri dari Parti Kongres itu meneruskan ucapan dengan memakai kurta, pakaian kegemarannya. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47