NEGARA

Laporan palsu: China Press gantung tugas Ketua Editor

Laporan palsu: China Press gantung tugas Ketua Editor

KUALA LUMPUR - Akhbar China Press menggantung tugas Ketua Editornya, Teoh Yong Khoon selama dua minggu dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan akhbar itu semalam berhubung laporan yang menyebut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan bersara sebelum sambutan Hari Polis 25 Mac ini.

Dalam permohonan maaf empat perenggan, akhbar itu menyatakan Yong Khoon digantung daripada tugasnya sebagai Ketua Editor mulai semalam sebagai 'tindakan dalaman' kerana menyiarkan laporan berita eksklusif itu dalam edisi 13 Mac lalu.

"Laporan tidak tepat itu mengakibatkan komplikasi kepada Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan menterinya, Ketua Polis Negara dan timbalannya. Kami tidak menyangka perkara ini akan berlaku dan kami berasa amat kesal," kata akhbar harian berbahasa Cina itu dalam permohonan maafnya.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31