RENCANA UTAMA

Derma dengan minum kopi

Derma dengan minum kopi


DARI kiri : Afsah, Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Naib Presiden Eksekutif, Ketua Kad dan Pembayaran Maybank, Ashraf Ali Abd. Kadir pada majlis pelancaran Gloria Jean’s Prefer Maybankard Debit di Petaling Jaya baru-baru ini.


SERAMAI 1,400 kanak-kanak di negara ini menderita akibat serangan kanser, termasuk 200 kes baru didiagnosis setiap tahun. Jumlah itu sebenarnya tidak menggambarkan penderitaan sebenar yang ditanggung kanak-kanak tersebut.

Sebagai kanak-kanak, mereka mungkin tidak memahami punca kesakitan yang ditanggung. Menjadikan hospital sebagai rumah kedua, mereka dibiasakan dengan rutin rawatan kemoterapi, pembedahan mahupun mengambil ubat-ubatan mengikut jadual yang ditetapkan.

Lumrah kanak-kanak, mereka pastinya inginkan kehidupan yang menyeronokkan seperti kanak-kanak lain. Walaupun menghuni wad hospital, mereka juga mahukan barangan permainan, gula-gula, makanan yang enak-enak dan sebagainya.

Di sinilah sebenarnya peruntukan daripada Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Kanser (PEKA) digunakan. Hakikatnya, majoriti pesakit kanser kanak-kanak datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Apatah lagi sekiranya ibu bapa mereka datang dari jauh.

Menurut jurucakap PEKA, Afsah Ramli, rawatan bagi kanak-kanak kanser di Wad Onkologi, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah percuma tetapi bantuan orang ramai amat penting bagi membantu kanak-kanak berkenaan mempunyai kehidupan yang lebih baik.


Kanak-kanak yang menghidap kanser memerlukan kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. – Gambar hiasan


“Kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang susah. Walaupun rawatan percuma, mereka memerlukan peruntukan untuk membeli alat-alat bantuan khas lain untuk pesakit kanser, seperti buku rekod pesakit yang ditanggung sendiri sepanjang tempoh rawatan.

Pantau pesakit

“Rawatan pesakit kanser pula mengambil masa antara enam bulan sehingga dua tahun. Ada ibu bapa pesakit tidak berkemampuan untuk berulang alik ke hospital dan memerlukan bantuan dana daripada PEKA untuk berada di sisi anak masing-masing,” katanya selepas pelancaran Gloria Jean’s Prefer Maybankard Debit di Petaling Jaya.

Afsah memberitahu, mereka yang kebanyakannya menghidap kanser darah, buah pinggang, hati dan otak juga mahukan hidup yang seronok.

“PEKA sentiasa memantau pesakit dan ibu bapa yang datang melawat anak masing-masing. Dari situlah, kami dapat melihat ada keluarga yang tidak mampu menyediakan keperluan untuk anak-anak mereka.

“Selepas melihat latar belakang keluarga dan pendapatan, bantuan akan diberikan mengikut keperluan masing-masing. Selalunya PEKA memperuntukkan RM50 seminggu atau dua minggu kepada ibu bapa pesakit,” katanya.

Tambah Afsah, selain menyediakan peruntukan, PEKA juga berperanan memberikan kaunseling kepada ibu bapa yang mengalami tekanan akibat sukar menerima kenyataan bahawa anak mereka menghidap kanser.


GLORIA JEAN’S COFFEES peka dengan keperluan kanak-kanak yang kurang bernasib baik terutama penghidap kanser.


“PEKA juga menjalankan aktiviti untuk ibu-ibu pesakit sebagai memenuhi masa lapang mereka sepanjang berada di wad seperti aktiviti gubahan, kraf tangan dan jahitan.

“Selain itu, PEKA juga menjalankan kelas pendidikan, bimbingan dan motivasi kepada kanak-kanak kanser yang tercicir dalam pelajaran,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Malaysian International Francise Sdn. Bhd. (MyFranchise), Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie berkata, dengan setiap pembelian menggunakan kad debit Maybankard di Gloria Jean’s Coffees, sebanyak 50 sen akan didermakan kepada PEKA.

“Sumbangan ini adalah bersempena sambutan ulang tahun Maybank ke-50 dan saya harap lebih ramai orang akan membeli di Gloria Jean’s Coffees menggunakan kad debit Maybankard untuk membantu kanak-kanak kanser,” katanya.

Tambah Shalimin, PEKA dipilih kerana kanak-kanak adalah harapan negara pada masa akan datang.

“Jadi, selain dapat menikmati kopi yang baik, pelanggan secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak ini meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik,” katanya.

Pesona!»

Jalani hidup sebagai penghidap kanser

ujian mamogram perlu dilakukan golongan wanita setahun sekali terutama yang berumur 40 tahun ke atas. – Gambar hiasan

Varia!»

Berhutang dalam Islam

ISLAM tidak melarang umatnya berhutang tetapi perlu melalui kontrak yang berlandaskan syarak.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15