SUKAN

SPA FC sertai Liga FAM

SPA FC sertai Liga FAM


BARISAN pemain skuad SPA FC yang akan membuat penampilan sulung pada Liga FAM musim ini.


KELAB Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA FC) bakal memulakan cabaran dalam saingan Liga Divisyen Tiga Kebangsaan - Liga FAM 2010 - bertemu Ban Hoe Leong di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, Ahad ini, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo berkata, matlamat dan tujuan SPA FC menyertai Liga FAM adalah untuk menggalakkan warga SPA mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.

"Selain itu, penyertaan kelab ini adalah untuk mempromosikan SPA sebagai gerbang perkhidmatan awam di kalangan masyarakat," kata- nya selepas majlis memperkenalkan jersi pasukan SPA FC di ibu pejabat SPA di Putrajaya petang kelmarin.

Jelas Lamien, SPA FC mula bergiat aktif dengan menyertai Liga Divisyen 2 Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL) pada tahun 2005.

"Selepas itu pada 2007, SPA FC berjaya menaiki Liga Divisyen 1 PB- KL dan pada 2009, SPA FC telah me- nyertai pasukan elit di Kuala Lumpur dengan menyertai Liga Premier Kuala Lumpur.

"Antara kejayaan yang dicapai SPA FC termasuk muncul juara Pertandingan Bola Sepak anjuran Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) pada tahun 2008," ujar Lamien.

Saingan Liga FAM 2010 yang menampilkan lapan pasukan akan membuka tirai saingan pada Ahad ini dan akan berakhir pada 26 Mei depan.

Selain SPA FC, sebuah lagi pasukan baru dalam saingan kali ini ialah Sime Darby.

Rencana Utama!»

'Obama Indonesia' berjiwa rakyat

JOKOWI(kiri) bersama isterinya, Iriana (kanan) selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia.

Varia!»

Promosi produk Negeri Sembilan

Noorshila (kiri) dan Nurrul Nadia menunjukkan produknya pada Pameran Keusahawan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16