NEGARA

Pengarah dituduh tipu RM16 juta

Pengarah dituduh tipu RM16 juta


TONG SWAN diiringi pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan menipu pelabur di Mahkamah Sesyen Ampang semalam.


AMPANG - Dua hari selepas dua pengarah syarikat Island Red Cafe Franchise Sdn. Bhd., dituduh melanggar Akta Syarikat 1965 dengan kerugian lebih RM21 juta, semalam giliran seorang lagi pengarah syarikat tersebut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan RM16 juta.

Bagaimanapun, Ong Tong Swan, 33, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azwarinda Affandi.

Pada 9 Februari lalu, Teow Wooi Huat, 44, dan anaknya, Teow Chee Chow, 21, selaku pengarah syarikat tersebut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tiga pertuduhan serupa.

Rencana Utama!»

Kacang kuda menu istimewa Ramadan

MASYARAKAT Rohingya di Kampung Bagan Dalam, Seberang Perai berbuka puasa beramai-ramai di surau berhampiran dengan menu ringkas.

Varia!»

Didik golongan muda dekati produk semula jadi

Pemilihan Tasha sebagai duta produk Himalaya dilihat sebagai satu tarikan baharu kepada generasi muda.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31