DUNIA
Palin dikritik baca nota tangan

WASHINGTON - Bekas calon Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Sarah Palin menjadi bahan kritikan kelmarin selepas tersiarnya gambar yang menunjukkan dia membawa nota tulisan pada tangannya semasa berucap.
Pada tapak tangan kirinya itu terdapat perkataan seperti energy, tax dan lift American spirit.
Palin melihat tapak tangannya itu semasa sesi soal jawab pada Sabtu lalu pada satu majlis pergerakan konservatif yang dikenali sebagai Parti Teh.
Tapak tangannya itu turut mempunyai perkataan budget cuts.
Gambar yang menunjukkan Palin melihat jawapan itu telah disiarkan dalam laman blog Huffingtonpost.com di Internet.
Bekas gabenor Alaska itu mengekalkan penampilan profil tingginya selepas dia yang menyertai regu John McCain kalah pada regu Barack Obama dan Joe Biden pada pilihan raya Presiden 2008.
Pada satu temu ramah dengan sebuah stesen televisyen AS pada Ahad lalu, Palin menyatakan dia tidak menolak untuk bertanding jawatan Presiden AS pada 2012.
Palin meletakkan jawatan dengan tiba-tiba sebagai gabenor Alaska pada Julai lalu.
Dia kini memberikan ucapan, pendapat dan menulis sebuah buku memoir yang laris dijual, Going Rogue.
Palin merupakan pengkritik kuat daripada Parti Republikan mengenai dasar-dasar Obama.
Pada Ahad lalu, dia menyatakan Obama tidak akan dapat mempertahankan jawatannya pada pemilihan Presiden AS akan datang.
Palin turut mengkritik dasar Obama menentang keganasan pada majlis Parti Teh itu dengan berkata: "Kita perlukan seorang ketua komander bukannya profesor undang-undang." - AFP
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


