NEGARA

Ramai mengeluh harga ikan naik

Ramai mengeluh harga ikan naik


HARGA beberapa jenis ikan serta udang di pasar basar sekitar Kuala Lumpur naik mendadak sejak minggu lalu.


KUALA LUMPUR - Orang ramai sekitar ibu negara mula mengeluh apabila harga beberapa barangan keperluan terutamanya hasil laut dan sayur-sayuran di pasar-pasar basah meningkat secara mendadak.

Tinjauan Kosmo! di Pasar Pudu, Pasar Sungai Besi, Pasar Keramat dan Pasar Chow Kit di sini semalam mendapati, kebanyakan harga barangan keperluan itu meningkat melebihi 10 peratus sejak minggu lalu.

Antara hasil laut yang mengalami kenaikan ialah ikan senangin daripada RM18 kepada RM24



sekilogram, kerapu (RM16 ke RM20), bawal putih besar (RM20 ke RM40), bawal tambak besar (RM40 ke RM60), udang harimau (RM40 ke RM70) tenggiri (RM16 ke RM18) dan ikan parang (RM10 ke RM13).

Selain itu, harga barang keperluan lain seperti limau nipis, cili api Thailand dan timun turut naik.

Malah, terdapat kemungkinan harga barang terbabit akan naik lagi bermula minggu depan sebelum perayaan Tahun Baru Cina.

Process time in ms: 31