DUNIA
Tadika tawar jaga anak dirantai

BEIJING - Kisah seorang bapa yang terpaksa merantai anak kecilnya berusia dua tahun pada sebatang tiang lampu di sini untuk keluar bekerja kerana hidup dalam kemiskinan berakhir apabila sebuah tadika semalam menawarkan penjagaan tiga tahun secara percuma, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah tadika membuat tawaran tersebut kepada bapa budak itu, Chen Chuanliu, 42, setelah gambar anak lelakinya, Jingdan yang dirantai di kompleks beli-belah Huaguan disiarkan ke seluruh dunia sehingga mencetuskan simpati daripada pelbagai pihak.
Bapa budak itu menerima tawaran tadika itu.
Sebelum ini dia pernah mendapat tawaran lumayan untuk mengambil Jingdan sebagai anak angkat tetapi menolaknya.
Chuanliu, seorang pemandu teksi, merantai budak lelaki itu pada setiap hari sejak dua minggu lalu supaya dia boleh keluar menghantar pelanggan.
Bagaimanapun, dia berhenti berbuat demikian beberapa hari lalu setelah dinasihati pegawai-pegawai pentadbiran tempatan.
Chuanliu bimbang dengan nasib Jingdan selepas seorang lagi anak perempuannya, Jinghong berumur empat tahun hilang semasa bermain dengan rakan-rakannya dan dia dipercayai diculik.
Lelaki itu tidak mempunyai gambar anaknya itu untuk disiarkan dalam iklan mencari orang hilang kerana kemiskinan.
Chuanliu menjelaskan, bagi mengelak perkara yang sama berlaku kepada Jingdan, dia merantai anaknya walaupun perbuatan tersebut dianggap kejam. - Agensi
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


