NEGARA

TNB giat kaji sumber tenaga nuklear - <i>12 Pegawai TNB kini berada di Korea Selatan</i>

TNB giat kaji sumber tenaga nuklear - 12 Pegawai TNB kini berada di Korea Selatan


MOGGIE (kanan) menunjukkan laporan suku pertama kewangan TNB sambil
diperhatikan Che Khalib di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) semalam mengesahkan syarikat itu semakin giat menjalankan kajian berhubung penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber alternatif di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, TNB telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Korea Electric Power Corporation (Kepco).

"Ya, kami menandatangani MoU dengan Kepco malah (turut) melantik mereka untuk melakukan kajian awal berhubung kemungkinan mendirikan loji nuklear di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi kewangan suku tahun pertama tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos 2010 di sini semalam.

Hadir bersama ialah Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.

Mengulas lanjut, Che Khalib berkata, pelbagai kajian dan kerja perlu dilakukan sebelum mendirikan kemudahan janakuasa loji nuklear.

Process time in ms: 31