INFINITI

Haiti bandar mayat

Haiti bandar mayat




PETANG Selasa lalu telah mencatat satu lagi sejarah hitam dunia apabila ibu negara Haiti, Port-Au-Prince digegarkan dengan gempa bumi dengan gegaran sekuat 7 skala Ritcher.

Gegaran yang berlaku di negara bekas jajahan Perancis pada pukul 4.53 petang waktu tempatan (pukul 5.53 pagi waktu Malaysia) itu menyebabkan bandar yang sentiasa sibuk dengan aktiviti masyarakat setempat diselubungi dengan suasana yang menyayatkan hati.


Januari 2010 dikejutkan dengan malepetaka menyayat hati di Haiti


Mayat-mayat bergelimbangan di jalan raya dan mangsa cedera terbiar begitu sahaja. Lebih menyedihkan, jeritan mangsa meminta pertolongan dapat didengari malah penduduk yang tidak bersedia dengan gempa sekuat itu kelihatan kebingungan dan mencari sanak saudara terselamat di celah-celah runtuhan bangunan.


PENDUDUK Haiti terpaksa berebut untuk mendapatkan bantuan makanan dan minuman.


Ada juga yang tergamam dan hanya mampu menitiskan air mata sambil berdoa agar ahli keluarga mereka terselamat daripada gempa mengejutkan negara termiskin di rantau Amerika itu.

Dalam pada itu, mereka yang mengalami kecederaan kelihatan mengerang kesakitan di tepi jalan menanti bantuan tidak kunjung tiba.

"Beribu-ribu penduduk membanjiri jalan raya sambil menangis dan membawa mayat yang berlumuran darah, mencari sesiapa yang dapat membantu mereka," kata pengarah bahagian perkhidmatan bencana Salvation Army di Haiti, Bob Poff.




Dalam tragedi yang memilukan itu, dianggarkan lebih 100,000 orang mati dan kebanyakannya melibatkan orang awam. Beribu-ribu lagi penduduk termasuk warga asing dilaporkan mengalami kecederaan.

Tragedi yang melanda pasti akan dirasai masyarakat setempat kerana Haiti merupakan negara yang berada pada kedudukan 146 daripada 177 negara dalam Indeks Pembangunan Manusia Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Bahkan, hampir separuh daripada penduduknya hidup dengan pendapatan kurang AS$1 (RM3.34) sehari manakala 78 peratus lagi memperoleh pendapatan harian kurang AS$2(RM6.60)pasti akan terasa tragedi yang melanda kerana rakyatnya.

Disebabkan Haiti diklasifikasikan sebagai negara mundur, majoriti rakyatnya hanya menikmati hidangan sebanyak dua kali sehari. Beras dan biji-bijian dianggap sebagai hidangan ruji tempatan dan biasanya dimakan oleh masyarakat yang hidup di bandar.


MISA Gureline Bestige yang berumur satu tahun menangis sejurus bangun daripada tidur. Dia dan keluarganya terpaksa tidur di atas jalan raya.


Hampir satu juta penduduk kelahiran Haiti menetap di luar negara dan 50,000 penduduk akan berhijrah setiap tahun ke Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Perancis akibat dibelenggu kemiskinan.

Kebanyakan penduduk Haiti boleh bertutur dalam bahasa Perancis walaupun majoriti daripada mereka menggunakan bahasa Kreyol.


KANAK-KANAK ini beratur untuk mendapatkan bekalan makanan.


Bencana alam yang melanda Haiti bukanlah kali pertama berlaku di negara tersebut kerana semasa di bawah jajahan Perancis pada tahun 1751 kepulauan Hispanolia itu pernah bergegar.

Kejadian kedua pula terjadi pada 3 Jun 1951 berdekatan dengan Port-Au-Prince dan Saint Domin-gue yang mengorbankan kira-kira 15,000 orang.

Ia kembali menghantui rakyat Haiti berulang buat kali ketiga di daerah Cap-Haitien dan beberapa daerah lain termasuk utara Haiti serta Republik Dominican pada 7 Mei 1842. Diikuti dengan bencana yang sama, ia turut terjadi pada tahun 1946 dan 1992.

Process time in ms: 63