NEGARA

AADK guna Facebook, Twitter

AADK guna Facebook, Twitter

Tambah saluran maklumat bagi membanteras dadah


ABD. BAKIR (tengah) di hadapan bas pameran AADK pada majlis pelancaran di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Selaras dengan usaha untuk mencapai sasaran negara bebas dadah 2015, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini turut menggunakan Facebook dan Twitter sebagai saluran aduan berkaitan dadah.

Pendekatan terbaru menggunakan laman rangkaian sosial itu diperkenalkan sejak awal tahun ini dan mula menerima maklum balas memberangsangkan.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Abd. Bakir Zin berkata, Facebook dan Twitter dilihat mampu menjadi platform dan forum baru kepada orang ramai menyalurkan pendapat dan memberi cadangan khusus untuk membasmi penagihan dan pengedaran dadah.

"Sebelum ini, AADK menggunakan saluran blog, e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi membolehkan orang ramai menyampaikan aduan dan pandangan mereka, kini dua laman sesawang itu juga boleh digunakan.

"AADK memerlukan sokongan ramai dan ingin memperkayakan seberapa banyak maklumat, oleh itu medium terbaru ini akan diguna untuk tujuan yang satu iaitu negara bebas dadah," katanya pada sidang media di sini semalam.

Process time in ms: 62