NEGARA

Ibu pilu anak mohon ampun - <i>Kes pembunuhan empat sekeluarga di gemencheh, Negeri Sembilan</i>

Ibu pilu anak mohon ampun - Kes pembunuhan empat sekeluarga di gemencheh, Negeri Sembilan


ZAHARAH yang meraung kesedihan dipapah ahli keluarga ketika bertemu Rashidi di dalam van polis di Kampung Batang Rokan, Gemencheh semalam.



KERATAN Kosmo! semalam.


TAMPIN - "Ampunkanlah dosa-dosa yang telah saya lakukan, mak."

Demikianlah kata-kata ringkas yang diucapkan oleh Rashidi Ismail, 34, kepada ibunya, Zaharah Atan, 59, pada pertemuan singkat di pintu van polis ketika dibawa ke lokasi kejadian pembunuhan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh di sini semalam.

Suspek dibawa ke tempat kejadian untuk membantu siasatan sebaik sahaja polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari daripada Mahkamah Majistret Gemas.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Shafirda Hashim mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Permohonan reman dibuat oleh Ketua Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Asisten Supritendan Khairil Anuar Saidin.

"Walaupun hanya sekejap jumpa dia (Rashidi) tetapi ia cukup bernilai. Dia menyatakan rasa kesal dengan apa yang telah berlaku dan minta maaf," kata Zaharah sambil mengalirkan air mata.

Process time in ms: 63