NEGARA

Bekas madu Noraniza dakwa didera suami

Bekas madu Noraniza dakwa didera suami


MASTURA hadir perbicaraan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Muhamad Mustafa di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Akibat didera mental dan fizikal selain dakwaan diliwat, bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris nekad memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya, seorang ahli politik dan perniagaan bergelar Datuk di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Lebih mengejutkan apabila Mastura Bakar, 24, mendakwa dia hanya mengetahui dirinya isteri keempat kepada Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, hanya selepas melahirkan anak sulung.

Suaminya itu kemudian mengaku bahawa dia telah berkahwin dengan Noraniza dan dua wanita lain.

Malah, ibu muda kepada tiga orang anak perempuan berumur dua hingga lima tahun itu turut mendakwa Muhamad Mustafa seorang yang gemar berfoya-foya dan pernah memiliki lebih 10 orang teman wanita yang ditiduri dalam satu-satu masa walaupun telah beristeri empat.

Mastura selaku plaintif berkata demikian semasa memberi keterangan dalam perbicaraan kes permohonan fasakh terhadap lelaki berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang itu yang difailkan menerusi peguam syarie, Roslizam Rahim pada April tahun lalu.

Muhamad Mustafa yang menceburi perniagaan dalam bidang pembinaan tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie, Zaidi Ibrahim.

Process time in ms: 31