NEGARA

Tiga anak dilarikan bekas isteri

Tiga anak dilarikan bekas isteri


ADNAN (dua dari kiri) bersama tiga anaknya, Adriana (dari kiri), Adam dan Alif yang didakwa dilarikan bekas isterinya, Zamzarina.


SHAH ALAM - Adnan Derahman iaitu bekas suami kepada personaliti televisyen RTM, Zamzarina Zambri mendakwa, bekas isterinya itu telah membawa lari ketiga-tiga anak mereka dari rumahnya.

Beliau yang bercerai dengan Zamzurina pada 26 Januari 2008 berkata, berdasarkan keputusan bersama sebelum ini, ketiga-tiga anaknya itu sepatutnya bersekolah di Shah Alam dan menetap di rumahnya di Seksyen 8 di sini. Katanya, persoalan siapa yang berhak terhadap penjagaan anak perlu diputuskan oleh mahkamah.

Bagaimanapun, kata Adnan, 37, keadaan berubah sebaik sahaja dia pulang ke negara ini pada 25 November lalu daripada menghadiri satu persidangan di Australia. Beliau mendapati semua anaknya tidak lagi berada di rumah.

"Semasa sampai di rumah saya di Seksyen 8, saya mendapati anak-anak dan sebahagian besar perabot dan barang lain milik saya telah dibawa keluar oleh bekas isteri saya (Zamzurina) tanpa pengetahuan saya.

"Saya kemudian menghubungi anak sulung setelah SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) yang dihantar tidak berbalas tetapi mereka tidak memberitahu di mana mereka berada ketika itu," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Adnan seterusnya memberitahu, kes tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja. Pada 23 Disember lalu, beliau mendapat tahu daripada pihak sekolah mengenai usaha bekas isterinya itu yang mahu memindahkan ketiga-tiga anaknya ke sekolah lain.

Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.

Process time in ms: 46