HIBURAN
Fahrin bongkar orang ketiga?

PASANGAN selebriti popular Fahrin Ahmad dan Scha Al Yahya pernah melalui kebahagiaan cinta bersama. Namun hubungan mereka tidak sempat sampai ke jenjang pelamin kerana putus pada bulan Ramadan lalu.
Biarpun tidak bermadu kasih lagi, mereka tetap bersama dalam menjayakan program realiti Sehati Berdansa 3 (SB3).
Peliknya, keserasian dan kemesraan mereka menyebabkan timbul tanda tanya di kalangan peminat adakah mereka kembali menyulam kasih. Ini kerana situasi mesra seperti itu tidak berlaku semasa Fahrin mengacarakan SB2 dengan kekasih lamanya, Linda Onn.
Ketika menemui pelakon popular itu di majlis pelancaran produk Garnier Men di Lot 10, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia mengakui bukan mudah untuk bekerjasama dengan seorang wanita yang kini bergelar bekas kekasih itu.
![]() |
|
FAHRIN menegaskan kemesraannya dengan Scha hanyalah di set Sehati Berdansa. |
Profesionalisme Fahrin sebagai pengacara bersama-sama dengan Scha dianggap kerjaya yang sangat mencabar untuk dilaluinya.
"Saya mengaku bekerja dengan bekas kekasih bukannya senang. Masalah kami bermula sebelum SB3 lagi. Kalau nak fikirkan mengenai daya kekuatan saya sebagai manusia, memang saya tak sanggup nak bekerjasama.
"Tetapi sebagai pengacara yang profesional, saya kena fokus dan set di fikiran saya.
"Selagi penonton tak nampak realiti kami yang sebenar dan tertipu dengan apa yang ditonton, kiranya kami berjaya. Hakikatnya, di luar set, kami langsung tidak bercakap.
"Selesai sahaja rakaman, masing-masing membuat hal sendiri," tuturnya berterus-terang.
Bagi peminat-peminat setia Fahrin dan Scha pula, mereka pasti mengharapkan dua selebriti itu kembali menjadi pasangan kekasih apabila melihatkan mereka tampak secocok digandingkan bersama di SB3.
Bagaimanapun, menurut Fahrin dengan wajah kesal, dia tidak mungkin kembali ke pangkuan Scha. Malah ketika ditanya adakah dia dan Scha putus cara baik, beritahu Fahrin:
"Baik ke? Lihatlah muka saya sekarang, saya kata 'tidak'. Tak mungkin saya akan bersamanya kembali.
"Tak lama lagi orang akan tahu kebenarannya. Kalau anda berada di tempat saya, anda akan rasa 'seronok' dan 'tertarik' dengan permainan dunia.
"Bukan saya nak dendam, cuma bila lihat cara manusia, saya rasa kebenaran itu tidak mungkin dapat disorokkan lagi. Mungkin kami dah tak ada jodoh dan keserasian, sebab itu kami tak dapat bersama, saya reda.
"Pada awalnya, saya anggap masalah kami boleh diselesaikan kerana nampak macam hal kecil sahaja. Bila masa berlalu, benda sebenar semakin jelas saya nampak.
"Kalau nak kata saya tertipu, saya boleh tahan lagi. Semua ini ujian tuhan."
Bertanyakan pula tentang adakah hubungannya denga Scha putus gara-gara orang ketiga kononnya, pengacara kacak, Awal Ashaari? Komen Fahrin: "Saya tak mahu cakap apa-apa. Awak siasatlah sendiri."
Bagaimanapun, Kosmo! yang melayari laman Twitter Scha dan Awal mendapati, kedua-dua mereka ada saling berbalas mesej berbaur ayat-ayat yang agak romantik. Sejauh mana hubungan Scha dan Awal tidak dapat dipastikan memandangkan mereka juga adalah teman rapat.
![]() |
|
ENGGAN mendedahkan siapakah orang ketiga antara dia dan Scha, Fahrin mahu wartawan menyiasat sendiri. |
Tiada masa bercinta
Mengenali pelakon berusia 30 tahun ini, dia sememangnya seorang lelaki yang bersikap terbuka dan akan menjawab segala persoalan yang diajukan kepadanya.
Cuma, mana yang tidak perlu dicakap, Fahrin tidak akan mengulas panjang. Justeru, kerana keterbukaannya itu, ada yang memberikan persepsi negatif terhadapnya dan dia juga dikatakan punca keretakan hubungan cintanya itu.
Bagaimanapun, Fahrin menerima persepsi khalayak secara positif walaupun dikritik hebat. Bagi Fahrin, tidak semua kisah peribadi yang dia kongsikan kepada umum walaupun dia dilihat seperti mahu membuka pekungnya sendiri.
"Dalam dunia ini, sebagai seorang artis, lagi banyak kita bercakap, kadang-kadang ia lebih memburukkan keadaan. Saya rasa kita cakap bila perlu.
"Adakalanya bila diam, kita reda. Lagi kuat bersabar dan bertahan, tuhan dan masa akan jelaskan segala-galanya," tuturnya.
Biarpun kini kembali solo, buat masa ini Fahrin enggan memikirkan lagi soal cinta untuk mengisi hati yang kosong itu. Malah, dia letih dengan mainan cinta yang terpaksa dilaluinya.
"Buat pertama kali, saya nak kata yang saya rasa letih untuk bercinta. Memang hati ini ada ruang kosong untuk seorang wanita, tetapi tidak buat masa ini.
"Nak kata bosan, tak juga. Saya harus beri tumpuan dan sayang pada diri pula, kerana sebelum ini, saya yang lebih sayangkan orang lain.

"Senang cerita, ini pepatah dari saya, 'cinta itu menyakitkan tetapi kita memerlukan cinta'," ujarnya.
Di sebalik melalui pelbagai dugaan hidup, dari segi karier pula, pelakon kelahiran Johor ini bersyukur kerana rezekinya semakin bertambah dengan tawaran demi tawaran yang diberikan kepadanya.
Selain sibuk dengan kerjaya lakonan, Fahrin juga sibuk dengan aktiviti mempromosikan beberapa produk memandangkan dia merupakan duta kepada stesen minyak Shell, Celcom dan jurucakap Aids Sedunia. Terbaru, Fahrin kini menjadi duta produk Garnier Men pula.
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.





Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


