NEGARA

Stesen minyak akur

Stesen minyak akur


PENGARAH KPDNKK Perlis, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz (kanan) memerhatikan seorang penyelia sebuah stesen minyak memasangkan tanda arahan di Padang Besar semalam.


CHANGLUN - Pengusaha stesen minyak di sini dan Rantau Panjang, Kelantan mula menampal notis larangan penjualan petrol melebihi 20 liter kepada kenderaan asing dalam lingkungan 50 kilometer (km) dari sempadan negara semalam.

Larangan itu dikeluarkan setelah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan untuk menguatkuasakan larangan penjualan bahan api itu bagi membendung penyeludupan serta pembelian berlebihan pihak tidak bertanggungjawab.

Tinjauan di tujuh buah stesen minyak di Changlun semalam mendapati, kebanyakan pengusaha telah menampal notis di pam-pam minyak dan kaunter pembayaran.

Salah seorang pengusaha minyak, Romli Zakaria, 50, berkata, meskipun beberapa pemandu warganegara Thailand merungut dengan penguatkuasaan itu namun mereka akur setelah diberi penjelasan.

"Ada juga antara mereka yang bising-bising tetapi saya kata pada mereka semua itu keputusan kerajaan dan kami tidak dapat membuat apa-apa. Sekarang kami beri setakat 20 liter sahaja, kalau minta lebih memang kami tak benarkan," katanya.

Kosmo! pada 14 Disember lalu mendedahkan kegiatan haram 'penyangak minyak' dari negara jiran yang mengaut keuntungan beribu-ribu ringgit dengan menjual minyak di negara mereka selepas membeli dengan harga murah di Malaysia.

Harga diesel di negara ini dijual RM1.70 seliter manakala di Thailand RM2.76 seliter. Harga seliter petrol RON 95 di negara ini pula RM1.80 dan di Thailand RM4.01.

Sementara itu di Kelantan, anggota Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri didapati giat memantau aktiviti penjualan minyak kepada warga asing di sekitar Rantau Panjang.

Rencana Utama!»

Kita hanya ada 1,500 ekor tapir

Kurungan perlu dibersihkan setiap hari bagi memastikan tapir bebas daripada sebarang risiko dijangkiti penyakit.

Horizon!»

Cahaya memukau peneman larian

RIBUAN peserta daripada pelbagai peringkat umur mengambil bahagian dalam acara larian kali ini.

Varia!»

Keghairahan mengejar kejayaan akademik

PENDIDIKAN anak-anak merupakan perkara yang sangat penting bagi setiap ibu bapa. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31