NEGARA

<i>Kosmo!</i> menang lagi

Kosmo! menang lagi


ISMAIL SABRI (dua dari kiri) berbual dengan para pemenang Anugerah Media Kepenggunaan di Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan ialah Lian Hoe (dari kiri), Othman, Lokman dan Chamil.





KUALA LUMPUR - Akhbar kompak Kosmo! sekali lagi mengungguli Malam Anugerah Media 2009, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) apabila diumumkan sebagai Akhbar Pengguna Terbaik semalam.

Kemenangan itu membolehkan Kosmo! mengekalkan kemenangan itu buat kali keempat berturut-turut sejak 2006 kerana menunjukkan kredibiliti dalam mengenengahkan isu-isu kepenggunaan di negara ini.

Kejayaan itu membolehkan Kosmo! membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Penolong Pengarang 2 Kosmo!, Lokman Othman dalam satu majlis yang diadakan di sini malam tadi.

Hadir sama Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.

Lebih membanggakan, Penolong Pengarang Hiburan Kosmo!, Zamri Rambli turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Wartawan Muda Kepenggunaan yang buat julung-julung kali diperkenalkan tahun ini dengan artikel bertajuk 'Kad kredit budaya hidup yuppies'.

Horizon!»

Pengalaman indah belai, manjakan gajah

Dua ekor anak gajah ini melakonkan semula kejadian sebenar ibunya mati sebelum kedua-duanya ditangkap oleh Perhilitan dan ditempatkan di KECV.

Varia!»

Terminal Pukal Lekir beroperasi selama 24 jam

Kesibukan sering berlaku di pintu masuk LBT yang membekalkan arang batu ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak.

Process time in ms: 31