NEGARA
Persatuan pengguna sokong tarik balik subsidi gula - Subsidi hanya tolong peniaga

KUALA LUMPUR - Beberapa persatuan pengguna menyokong cadangan menarik balik subsidi gula atas andaian ia tidak memberi kesan besar ke atas perbelanjaan orang ramai melainkan golongan peniaga yang menjadi pengguna utama barangan tersebut.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, subsidi gula hanya menguntungkan peniaga dan mereka juga yang selama ini menindas pengguna.
"Kita juga menyokong subsidi ini ditarik balik bagi membantu kerajaan menjimatkan RM720 juta setahun dan seterusnya menggunakan dana itu untuk projek lain yang lebih berfaedah kepada rakyat,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan harga sekilogram gula dijangka melonjak kepada RM2.45 pada tahun depan jika cadangan pemansuhan subsidi barangan itu diterima dan dilaksanakan kerajaan.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


