NEGARA

Malang bertimpa wanita mualaf

Malang bertimpa wanita mualaf


SEBUAH rumah di Menara Grandeur di Pandan Indah yang dijadikan tempat seorang wanita mualaf dan anaknya dikurung sejak 20 November lalu.


AMPANG JAYA - Malang berganda bagi seorang wanita mualaf yang cuba mendapat perlindungan selepas diabaikan suami apabila dia kemudian menjadi mangsa kurung, pukul dan rogol oleh seorang lelaki yang menabur janji untuk membantu menyelesaikan masalahnya.

Lebih mengejutkan apabila perbuatan kejam dan keji itu membabitkan orang kanan yang didakwa menguruskan Persatuan Mualaf Cina yang ditubuh sendiri.

Mangsa dikurung dan dijadikan mangsa pemuas nafsu seks kepada lelaki itu selama seminggu sejak 20 November lalu.

Persatuan Mualaf Cina terbabit tiada kena mengena dengan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Kisah sedih mangsa mualaf berusia 28 tahun itu bermula apabila dia bersama seorang anak perempuannya yang berumur lapan tahun telah pergi ke pejabat persatuan itu di tingkat tiga Menara Grandeur, Pandan Indah di sini pada 20 November lalu.

Hajat mangsa untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan daripada persatuan itu selepas mendakwa dia diabaikan suami yang dinikahinya sejak sembilan tahun.

Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.

Process time in ms: 31