NEGARA
Sarang penyamun Indonesia diroboh - 50 buah rumah di pinggir hutan dijadikan sarang persembunyian penjenayah

AMPANG JAYA - Sebanyak 50 buah rumah yang dipercayai dijadikan sarang persembunyian penjenayah warga Indonesia di pinggir hutan di Ukay Perdana 2 di Hulu Klang sejak dua tahun lalu dirobohkan semalam.
Kesemua rumah itu dibina menggunakan papan lapis, atap zink dan kayu yang diambil daripada sisa projek perumahan yang turut dilengkapi bekalan elektrik dan air paip yang disambung secara haram dari kawasan perumahan berhampiran.
Di kawasan rumah itu, turut dibina sebuah surau untuk beribadat dan beberapa buah reban ayam.
Bagaimanapun, perkampungan haram yang terletak di lokasi terpencil itu dirobohkan pada pukul 10 pagi.
Semasa kerja-kerja merobohkan hanya ada beberapa penghuni di rumah-rumah yang dibina secara haram itu.
Operasi yang mengambil masa empat jam itu membabitkan 142 anggota penguat kuasa daripada polis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela).
Tindakan merobohkan semua rumah itu dibuat selepas polis yang menjalankan siasatan mendapati kawasan perumahan tersebut dipercayai didiami penjenayah Indonesia yang banyak terbabit dalam kes-kes pecah rumah di kawasan berhampiran.
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.



Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


